Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

BATU PAHAT – Johor memerlukan kestabilan politik manakala Malaysia pula perlu kepada kesinambungan dasar bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan tanpa gangguan ketidaktentuan politik, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mohamad Sabu berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Johor 2026 yang turut disertai pimpinan Pakatan Harapan.

Menurut beliau, pengalaman politik negara sebelum ini menjadi pengajaran penting bahawa ketidakstabilan politik hanya akan memberi kesan kepada usaha menarik pelabur serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

“Pengajaran terbesar yang kita belajar adalah negara tidak boleh terus dibebankan dengan ketidaktentuan politik. Bagaimana kita mahu menarik pelabur dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat?” katanya.

Beliau berkata, pada ketika ini ekonomi negara menunjukkan perkembangan yang lebih baik dengan nilai ringgit yang semakin kukuh serta keyakinan pelabur yang meningkat. Justeru, usaha tersebut perlu diteruskan tanpa diganggu oleh pergolakan politik berpanjangan.

Mohamad Sabu turut menegaskan bahawa masa depan Johor tidak boleh dibina dengan memainkan sentimen kaum atau usaha memecah-belahkan rakyat.

“Kita tidak akan membina masa depan Johor dengan memainkan sentimen kaum dan memecah-belahkan rakyat. Apa yang menyatukan kita jauh lebih besar daripada apa yang membezakan kita,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan kepentingan kerjasama politik yang stabil dalam kalangan parti-parti kerajaan sedia ada bagi memastikan pentadbiran lebih berkesan.

“Kalau kita berkawan, kita kawan sungguh-sungguh. Sebab itu kerjasama dan kestabilan yang ada hari ini perlu diperkukuhkan demi kepentingan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut berpandangan bahawa Johor memerlukan kerajaan negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan.

Menutup ucapannya, Mohamad Sabu menyatakan keyakinan bahawa dengan kerja keras jentera parti serta sokongan rakyat, Pakatan Harapan mampu mencatat kemenangan dalam pilihan raya akan datang di Johor.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa erti kemerdekaan belum sempurna selagi undang-undang ‘warisan penjajah’ yang didakwa menyekat pelaksanaan Islam tidak dihapuskan. Naratif itu kuat kerana menggabungkan tiga perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan