‎Ruji Ubi dilantik Setiausaha PH Sabah dalam penstrukturan semula kepimpinan

KOTA KINABALU – Pakatan Harapan (PH) Sabah hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Ruji Ubi sebagai Setiausaha PH Sabah yang baharu menerusi penstrukturan semula kepimpinan gabungan itu bagi memperkukuhkan organisasi menjelang cabaran politik akan datang.

‎Pengerusi PH Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, keputusan tersebut dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan PH Sabah 2025 yang turut menyaksikan beberapa perubahan dan pelantikan dalam barisan kepimpinan negeri.

‎“Mesyuarat hari ini telah membincangkan penstrukturan semula jawatan-jawatan penting dalam PH Sabah dan bersetuju melantik Datuk Ruji Ubi sebagai Setiausaha PH Sabah.

‎”Pelantikan Ruji yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran dan organisasi parti diyakini mampu memperkemas gerak kerja serta menyelaras agenda PH Sabah dengan lebih berkesan.

‎“Pada masa sama, jawatan pengerusi terus diamanahkan kepada saya, manakala Presiden DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe dan Presiden Amanah Sabah, Datuk Lahirul Latigu kekal sebagai Timbalan Pengerusi,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan, pada Ahad.

‎Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sabah, Datuk Chan Pong Hin dilantik sebagai Ketua Penerangan PH Sabah; Penolong Setiausaha Amanda Sabah, Irwan Syah Mustafa dilantik sebagai Bendahari; Zaidi Jatil dikekalkan sebagai Ketua Pemuda; Datuk Jenny Lashimbang sebagai Ketua Wanita dan Timbalan Pengerusi MPN Sabah Datuk Peto Galim dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya.

‎”Penstrukturan semula kepimpinan itu mencerminkan komitmen PH Sabah untuk terus memperkukuh kesatuan dan memperkemaskan persediaan menghadapi agenda politik serta pembangunan negeri,” jelasnya.

‎Dalam mesyuarat sama, PH Sabah turut membincangkan isu pembayaran khas interim RM1.5 bilion kepada Sabah yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

‎”Kita juga telah bincang panjang lebar mengenai pengumuman yang telah dibuat oleh Yang Amat Perdana Menteri tentang pemberian khas secara intrim sambil kita menunggu keputusan akhir pelaksanaan 40% ini yang sebanyak 1.5 bilion yang telah dimasukkan dalam ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri semasa sambutan keamatan KDCA pada 30 hari bulan yang lepas.

‎”Ya, kita menyambut baik pengumuman tersebut dan memang dari segi rekod yang tertinggi dalam sejarah.

‎”Namun, kita juga membawa aspirasi daripada rakyat Sabah keseluruhannya masih juga mahu menekankan  pembayaran penuh 40% itu mesti dilaksanakan.

‎”Dan saya sendiri sebagai menteri yang bertanggungjawab diminta oleh rakan-rakan pimpinan supaya memastikan bahawa pelaksanaannya akan dapat disegerakan.

‎”Saya sendiri akan terus mengadakan sesi libat urus dengan kerja negeri dan juga kerjaan pusat terutama menteri kewangan untuk bagaimana untuk mempercepatkan pelaksanaan pembayaran 40% ini,” ujarnya.

‎Mustapa turut berharap peruntukan tersebut akan digunakan secara khusus untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan dengan infrastruktur asas yang seperti masalah air, masalah bekalan elektrik dan juga jalan raya bagi memenuhi aspirasi rakyat Sabah.

‎Tanbahnya, PH Sabah akan terus mengadakan sesi libat urus dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera demi kepentingan rakyat Sabah.

  • Related Posts

    Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

    ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

    BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

    Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

    Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

    Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

    Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

    Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

    RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

    RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

    Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

    Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

    Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

    Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar