Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

TAWAU – Kegiatan sebuah premis pengeluaran ais bongkah disyaki beroperasi tanpa kelulusan dan lesen di daerah ini berjaya ditumpaskan menerusi Operasi Bersepadu antara Pasukan Gerakan Am (PGA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Tawau dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

Batalion 14 PGA Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi yang dijalankan kira-kira pukul 8 pagi pada Khamis itu dibuat bertindak hasil maklumat dan risikan yang diperoleh.

“Hasil pemeriksaan di kawasan sekitar premis telah menemukan sebuah peti sejuk jenis chiller yang mengandungi sejumlah ais bongkah yang dipercayai dihasilkan untuk pasaran sekitar Tawau dan Semporna.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian dalam premis pula menemukan dua buah mesin penghasilan ais bongkah, sebuah mesin penghancur ais, dua buah cooling tower serta tangki simpanan air yang digunakan dalam proses pengeluaran ais bongkah,” menurut kenyataan itu, pada Sabtu.

Menurut kenyataan sama, semakan mendapati lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan serta Lesen Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan masih sah dan berkuat kuasa.

Bagaimanapun, pengusaha gagal mengemukakan sebarang lesen atau kelulusan yang membenarkan aktiviti penghasilan dan penjualan ais bongkah.

“Premis berkenaan gagal memaparkan papan tanda perniagaan sebagaimana yang dikehendaki di bawah peruntukan undang-undang pihak berkuasa tempatan.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM 2.1 Juta melibatkan aset dan peralatan yang digunakan dalam operasi pengeluaran ais bongkah tersebut,” ujar kenyataan itu.

Difahamkan, KKM Tawau mengambil tindakan mengeluarkan kompaun sebanyak RM2,500 serta mengarahkan sitaan operasi kilang dan peralatan berkaitan selain menjalankan siasatan di bawah Peraturan 394(A)(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

MPT turut mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis amaran pertama kepada pemilik premis kerana gagal memaparkan papan tanda perniagaan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Perlesenan (Iklan) MPT 1968.

Related Posts

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

IPOH – Misteri kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Batu Putih, Tapah sejak 23 Mei lalu, akhirnya terjawab apabila mangsa ditemui dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

TANGKAK – Usaha memperkukuh peranan Komuniti MADANI sebagai ejen penyampai maklumat yang berkesan terus diperkasakan menerusi penganjuran Program Komunikasi Strategik Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Jaslinda ditemui selamat selepas 15 hari hilang di Gunung Batu Putih

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Pelajar TVET bakal jalani latihan di pusat penyelidikan kerajaan mulai bulan depan

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Bekalan tenaga negara kekal kukuh melalui kepelbagaian sumber import

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Menteri Komunikasi santuni Komuniti MADANI di Tangkak, perkukuh peranan tangkis berita palsu

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Dua warga asing ditahan terlibat aktiviti bom ikan

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas

Premis dikompaun jual ais bongkah tanpa lesen, aset RM2.1 juta dirampas