Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam.

Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya sedang menguruskan urusan bantuan kepada individu berkenaan.

Jelasnya, pihak pejabat kemudian menyerahkan bantuan kepada individu terbabit sebelum suspek disyaki mengambil barangan peribadi serta menggunakan kad bank milik pegawai bertugas untuk membuat pembayaran.

“Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana bantuan diberikan, namun masih berlaku perbuatan mencuri oleh individu terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Young Syefura memaklumkan, laporan polis telah dibuat pegawai terlibat dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Saya berharap urusan pegawai berkenaan dipermudahkan dan kejadian seperti ini tidak berulang serta tindakan sewajarnya diambil terhadap suspek,” tambahnya.

Terdahulu, beliau memuat naik rakaman kamera litar tertutup berdurasi lebih satu minit memaparkan dua individu berada di hadapan premis ketika kejadian.

Menerusi rakaman itu, seorang daripada individu terbabit dilihat membawa beg plastik dipercayai mengandungi barangan bantuan yang baru diterima.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing