Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini.

Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis Belia Malaysia (MBM) Pahang dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pahang.

Turut bersama dalam program berkenaan adalah kakitangan daripada Jabatan Pertanian Negeri Pahang.

Pengerusi MTSP Paya Besar, Mustaqim Zakaria berkata, antara aktiviti yang dilakukan adalah membersihkan bahagian luar dan dalam surau itu.

“Kita juga mengecat semula dinding surau berkenaan selain memotong pokok yang boleh mendatangkan risiko sekiranya berlaku hujan lebat dan ribut,” katanya.

Selain sukarelawan daripada MTSP Paya Besar, MAYC Pahang dan MBM Pahang, program bermula jam 8 pagi itu juga disertai penduduk kampung terbabit.

Turut serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing, Datuk Safariah Awang Ngah dan Presiden MBM Pahang, Saharuddin Ahmad.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan