Operasi perdana AADK Terengganu: 196 penagih ditahan, termasuk dua penjawat awam

DUNGUN – Seramai 196 individu termasuk tiga wanita ditahan dalam Operasi Perdana Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Terengganu yang dilaksanakan secara bersepadu di empat daerah bermula Rabu lalu hingga hari ini.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, operasi berkenaan melibatkan daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Besut dan Dungun dengan tumpuan diberikan kepada lokasi yang dikenal pasti sebagai sarang penagihan dan pengedaran dadah.

Menurut beliau, dua penjawat awam turut antara yang ditahan dalam operasi tersebut.

“Antara lokasi utama yang diserbu ialah kawasan dikenali sebagai ‘Port Pekat Bayu’ di Dungun yang dipercayai menjadi lokasi transit utama aktiviti penjualan dan penagihan dadah.

“Dalam serbuan di lokasi itu, seramai 35 individu yang berada dalam keadaan khayal berjaya ditahan,” katanya pada sidang media selepas mengetuai operasi berkenaan di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah AADK Terengganu, Arzmi Abdullah.

Mahadzir berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 19 hingga 66 tahun, termasuk seorang warga emas berusia 66 tahun bersama dua anak lelakinya yang ditahan dalam operasi di daerah Besut.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air kencing mendapati seramai 159 individu positif methamphetamine, diikuti 34 individu positif ketum, dua positif ganja dan seorang lagi positif heroin.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan lima anggota AADK berdepan detik cemas apabila seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak mengacukan sebilah pisau ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditenangkan sebelum menyerah diri kira-kira 10 minit kemudian. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya.

Beliau menegaskan AADK akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras aktiviti penagihan dan penyalahgunaan dadah di negeri ini, sekali gus memastikan keselamatan serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nahas helikopter Long Lellang: Hentikan spekulasi, hormati privasi keluarga mangsa

MIRI – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib menyeru orang ramai agar menghentikan sebarang penyebaran spekulasi berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, khususnya yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula