PRN Sarawak: Dr Sim beri bayangan kurang 100 hari, gesa jentera SUPP sedia gempur

KUCHING — Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja, dengan bayangan ia mungkin berlangsung dalam tempoh kurang 100 hari dari sekarang.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, seluruh jentera dan ahli parti perlu segera melipatgandakan persediaan kerana PRN akan datang disifatkan sebagai satu medan pertempuran yang getir.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak memberi amaran keras agar ahli parti tidak bersikap terlalu yakin, sombong atau leka dengan kejayaan dan pencapaian masa lalu.

“Kita mesti sedar bahawa kita sedang ‘berperang’. Saya percaya PRN akan datang mungkin kurang daripada 100 hari sahaja lagi.

“Oleh itu, jangan kita beranggapan kemenangan sudah berada dalam genggaman. Semakin dekat hari pilihan raya, kita perlu bekerja dengan lebih keras dan bijak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menaikkan bendera sempena Ulang Tahun Ke-67 SUPP di ibu pejabat parti itu, pada Khamis.

Sehubungan itu, Dr Sim menggesa setiap ahli parti untuk menjiwai semangat pengasas SUPP dengan turun padang mendekati akar umbi dan memperhebatkan kempen penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

Tegas beliau, PRN kali ini adalah fasa kritikal dalam pembinaan negara bangsa buat Sarawak. Mandat rakyat diperlukan bagi memastikan negeri itu dapat meneruskan agenda menuntut hak autonomi khususnya dalam aspek politik, kewangan, pendidikan dan kesihatan.

Menurutnya lagi, rakyat dapat melihat sendiri pencapaian luar biasa di bawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini, termasuk kejayaan menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) serta pelaksanaan Skim Pendidikan Pengajian Tinggi Percuma.

Dalam pada itu, menyentuh mengenai konflik di Timur Tengah, beliau mengingatkan bahawa ketidakstabilan global tetap akan memberi kesan langsung kepada kos sara hidup, harga barang dan minyak di Sarawak.

Justeru, beliau merayu agar seluruh rakyat Sarawak menghargai dan mempertahankan kestabilan serta perpaduan yang wujud ketika ini, kerana ia adalah kunci utama kepada agenda pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang sedang dirangka oleh kerajaan negeri menjelang 2030.

Related Posts

Hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal stabil meskipun hadapi saingan PRN

PUTRAJAYA – Keputusan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding secara berasingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan tidak menjejaskan kerjasama yang terjalin dalam Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor, pembubaran DUN Negeri Sembilan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR

PUCHONG – Persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor serta perkembangan berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM tegas terhadap pelanggaran undang-undang warga asing dalam sektor perniagaan

PM tegas terhadap pelanggaran undang-undang warga asing dalam sektor perniagaan

Tiada kaitan antara foto rasmi Jemaah Menteri dengan pembubaran Parlimen

Tiada kaitan antara foto rasmi Jemaah Menteri dengan pembubaran Parlimen

Sekatan MyKhas hanya membabitkan peruntukan khas Perdana Menteri – Fahmi

Sekatan MyKhas hanya membabitkan peruntukan khas Perdana Menteri – Fahmi

Hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal stabil meskipun hadapi saingan PRN

Hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal stabil meskipun hadapi saingan PRN

PRN Johor, pembubaran DUN Negeri Sembilan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR

PRN Johor, pembubaran DUN Negeri Sembilan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR

Notis bubar DUN Negeri Sembilan dihantar ke SPR pada Jumaat bagi beri laluan PRN diadakan

Notis bubar DUN Negeri Sembilan dihantar ke SPR pada Jumaat bagi beri laluan PRN diadakan