Projek RTP RM150,000 siap, penduduk Rumah Edwin Jalak nikmati kemudahan lebih selesa

KANOWIT – Penduduk Rumah Edwin Jalak di Nanga Nirok, Sungai Ngemah kini menikmati kemudahan lebih selesa susulan siapnya projek pembinaan anjung baharu bernilai RM150,000 di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, pelaksanaan projek infrastruktur itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkasa pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, walaupun setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya diperuntukkan sekitar 45 projek RTP setahun, kerajaan sentiasa berusaha memastikan pengagihan dibuat secara adil dan menyeluruh mengikut keperluan mendesak masyarakat setempat.

“Sepanjang saya diberi kepercayaan sebagai wakil rakyat, semua rumah panjang di kawasan Ngemah Tengah menerima manfaat projek RTP berdasarkan keperluan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Projek RTP Pembinaan Anjung Rumah Panjang di Rumah Edwin Jalak pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Anyi mengingatkan penduduk setempat berkenaan kepentingan mengekalkan perpaduan dan semangat kerjasama yang erat.

Tegas beliau, keharmonian komuniti amat penting bagi memastikan setiap keperluan dan permohonan pembangunan dapat disampaikan kepada kerajaan serta agensi berkaitan dengan lebih berkesan.

Pada majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM8,000 bagi menyokong pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan penduduk.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5,000 disalurkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Edwin Jalak, manakala RM3,000 lagi diserahkan kepada Biro Wanita JKKK rumah panjang berkenaan.

Related Posts

Notis bubar DUN Negeri Sembilan dihantar ke SPR pada Jumaat bagi beri laluan PRN diadakan

SEREMBAN – Notis pemakluman rasmi tentang pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan telah ditandangani bagi diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Jumaat. Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis Negeri Sembilan: Injuksi mahkamah tinggi kekalkan Raja Norazli, hentikan Sidang Khas DKU

SEREMBAN – Mahkamah Tinggi Seremban, pada Jumaat mengekalkan Raja Norazli Raja Nordin sebagai Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU) dan menghalang Sidang Khas DKU daripada diteruskan. Keputusan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM tegas terhadap pelanggaran undang-undang warga asing dalam sektor perniagaan

PM tegas terhadap pelanggaran undang-undang warga asing dalam sektor perniagaan

Tiada kaitan antara foto rasmi Jemaah Menteri dengan pembubaran Parlimen

Tiada kaitan antara foto rasmi Jemaah Menteri dengan pembubaran Parlimen

Sekatan MyKhas hanya membabitkan peruntukan khas Perdana Menteri – Fahmi

Sekatan MyKhas hanya membabitkan peruntukan khas Perdana Menteri – Fahmi

Hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal stabil meskipun hadapi saingan PRN

Hubungan dalam Kerajaan Perpaduan kekal stabil meskipun hadapi saingan PRN

PRN Johor, pembubaran DUN Negeri Sembilan dibincang dalam mesyuarat Biro Politik PKR