Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Perlis menerima peruntukan tambahan berjumlah RM4 juta daripada Kerajaan Persekutuan hasil hubungan baik yang terjalin dengan kepimpinan pusat sejak pelantikan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah.

Abu Bakar berkata, peruntukan tersebut disalurkan bagi melaksanakan beberapa program kebajikan rakyat dan projek pembangunan di negeri ini.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, sebanyak RM1.5 juta digunakan bagi pemberian sumbangan Aidilfitri kepada golongan memerlukan manakala RM1 juta diperuntukkan untuk penganjuran kenduri rakyat sempena sambutan Jubli Perak Pemerintahan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Katanya, RM1 juta lagi disalurkan kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Perlis menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi menaik taraf Dataran Lok 9 di Kuala Perlis.

“Baki sebanyak RM300,000 pula digunakan untuk penganjuran festival rakyat yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya ketika menjawab soalan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kompleks Seri Putra, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin kanan Kerajaan Persekutuan turut membuka ruang kepada negeri ini memperoleh pelbagai bentuk bantuan pembangunan.

Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis juga menerima kemudahan peruntukan bagi melaksanakan projek menaik taraf infrastruktur termasuk usaha menangani masalah banjir di negeri ini.

Abu Bakar berkata, walaupun Perlis ditadbir oleh kerajaan pembangkang, hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan perlu terus dipelihara demi kepentingan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Yang penting ialah rakyat mendapat manfaat. Sebab itu kerajaan negeri akan terus mengekalkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan lebih banyak pembangunan dapat dilaksanakan di Perlis,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua wakil rakyat agar memainkan peranan masing-masing dalam mengukuhkan kerjasama antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan demi kepentingan rakyat serta kemajuan negeri.

Related Posts

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

SEREMBAN – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi akan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pembubaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

KANGAR – Polemik mengenai dakwaan kewujudan akuan bersumpah (SD) yang dikaitkan dengan usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli kembali membara apabila Pemuda Pas Perlis dan Armada Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai