Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

PUTRAJAYA – Keputusan menghentikan tayangan filem Konspirasi di pawagam  dibuat atas pertimbangan dalaman syarikat tanpa dipengaruhi mana-mana pihak berkepentingan.

Penerbit filem itu, Elepfilm Entertainment menegaskan, langkah drastik tersebut diambil setelah mengambil kira pelbagai faktor dan situasi semasa yang melingkungi naskhah tersebut.

“Keputusan ini dibuat secara dalaman oleh pihak pengurusan dan bukan bertujuan untuk meraih publisiti atau sebahagian daripada strategi pemasaran kami.

“Ingin ditegaskan juga bahawa tiada mana-mana pihak luar yang mempengaruhi atau mendesak keputusan berkenaan dibuat,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjawab spekulasi yang timbul berhubung status tayangan filem berkenaan yang didakwa berhadapan tekanan luar atau sekadar strategi pemasaran.

Dalam pada itu, Elepfilm Entertainment turut menggesa orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi liar, andaian atau penyebaran maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan masyarakat.

Sambil menghargai sokongan padu penonton, pihak penerbitan menyatakan rasa syukur atas segala maklum balas dan pandangan yang diberikan sejak filem tersebut mula ditayangkan.

“Kami amat menghargai sokongan yang diberikan dan berharap para penonton akan terus menyokong tenaga kreatif di sebalik filem Konspirasi serta industri perfileman tempatan secara keseluruhannya,” katanya.

Terdahulu, status tayangan filem Konspirasi menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila filem berkenaan ditarik semula selepas tujuh hari tayangan.

Filem konspirasi mengisahkan tentang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangani serangan jenayah siber yang menggemparkan negara.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3