Diplomasi kerajaan Sabah, Persekutuan bawa manfaat pada rakyat

TAWAU – Pendekatan Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam mengutamakan rundingan, kebijaksanaan serta hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan dilihat membuahkan hasil positif kepada rakyat negeri ini.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, beliau menyambut baik peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion yang diumumkan Kerajaan Persekutuan baru-baru ini.

“Peningkatan tersebut menunjukkan keberkesanan pendekatan diplomasi dan kerjasama erat antara kedua-dua peringkat kerajaan dalam memastikan kepentingan Sabah terus diberi perhatian.

“Bayaran itu dibuat sementara pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

“Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini juga menolak dakwaan tidak berasas kononnya Kerajaan Negeri Sabah tidak memperjuangkan hak-hak Sabah.

“Hakikatnya, perjuangan hak Sabah bukan hanya diukur melalui laungan kuat di pentas politik atau kenyataan beremosi di media sosial, tetapi melalui hasil yang dapat dibawa pulang kepada negeri dan rakyat,” katanya kepada media, di Tawau pada Sabtu.

Menurut Nizam yang juga Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah itu, proses menuntut serta memuktamadkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk pelaksanaan hak 40 peratus hasil bersih Persekutuan bukan proses mudah.

“Ia melibatkan perincian undang-undang, fiskal, pentadbiran dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

“Rundingan memerlukan kesabaran, ketelitian dan rasa hormat antara kedua-dua pihak.

“Kita tidak boleh memilih jalan yang berkonfrontasi secara berlebihan atau membakar sentimen rakyat, tetapi akhirnya tidak membawa apa-apa hasil konkrit kepada Sabah.

“GRS memilih pendekatan yang lebih matang,” ujarnya.

Menurutnya, kerajaan Sabah tegas dalam mempertahankan hak negeri ini di samping bijak menjaga hubungan kerja dengan Kerajaan Persekutuan.

“Pendekatan inilah yang membolehkan rundingan terus berjalan, ruang penyelesaian dibuka dan hasil interim yang lebih besar dapat diperoleh sementara formula muktamad dimuktamadkan.

“Peningkatan bayaran interim kepada RM1.5 bilion ini bukan penyelesaian akhir, tetapi ia adalah satu perkembangan penting.

“Bayaran ini menunjukkan bahawa tuntutan Sabah terus didengar, dipertimbangkan dan diterjemahkan kepada komitmen kewangan yang lebih besar oleh Kerajaan Persekutuan.

“Gagasan Rakyat juga mengambil maklum penegasan Perdana Menteri bahawa pelaksanaan hak 40 peratus kepada Sabah bukan lagi persoalan sama ada ia perlu dilaksanakan atau tidak, sebaliknya hanya menunggu perincian mekanisme dan kaedah pelaksanaan.

“Ini adalah perkembangan yang amat penting dalam sejarah perjuangan MA63,” jelasnya.

Sehubungan itu, ADUN Apas itu turut menyeru agar rakyat Sabah menilai perkara ini secara adil serta memahami bahawa kerajaan negeri tidak pernah berdiam diri dalam menangani isu berkenaan.

“Rundingan terus berjalan, tuntutan terus dibawa dan hasilnya semakin dapat dilihat secara berperingkat.

“Kita memahami bahawa rakyat Sabah mahu penyelesaian yang segera.

“Namun dalam isu besar seperti ini, kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh bertindak secara tergesa-gesa atau hanya mengejar tepukan politik jangka pendek.

“Apa yang lebih penting ialah memastikan keputusan yang dibuat benar-benar kukuh, boleh dilaksanakan dan memberi manfaat jangka panjang kepada Sabah,” kongsinya.

Tegas Nizam, Gagasan Rakyat akan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan untuk memuktamadkan pelaksanaan hak 40 peratus ini dengan segera, telus dan adil sebagaimana semangat Perjanjian Malaysia 1963.

“Perjuangan hak Sabah mesti diteruskan dengan keberanian dan kebijaksanaan.

“Kita tidak menolak ketegasan, tetapi ketegasan mesti disertai strategi.

“Kita tidak menolak suara rakyat, tetapi suara rakyat mesti diterjemahkan kepada hasil, bukan sekadar slogan,” katanya.

Related Posts

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

PENAMPANG – Jungle Food Lab terus mendapat perhatian di Kaamatan International Week 2026 apabila berjaya mengetengahkan makanan tradisional berasaskan sumber hutan Sabah ke peringkat antarabangsa. Pengerusinya, Andrew Ambrose atau Atama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

TAWAU – Loji Rawatan Air Utara (Timatch), di sini, yang mengalami gangguan operasi sejak Jumaat ditutup sementara berikutan kerosakan yang melibatkan sebuah unit transformer milik Sabah Electricity (SE). Jabatan Air…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

AMK Sabah sambut baik peningkatan pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion

AMK Sabah sambut baik peningkatan pemberian khas Sabah kepada RM1.5 bilion