Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

KOTA KINABALU – Pengumuman peningkatan bayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion sementara menunggu penyelesaian penuh tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan disifatkan sebagai perkembangan penting yang mencerminkan kesediaan Kerajaan Persekutuan memperkukuh agihan kewangan kepada negeri ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah, Dr Jain Yassin berkata, langkah tersebut memberi kesan positif dari sudut ekonomi kerana mampu meningkatkan kapasiti fiskal kerajaan negeri serta membuka ruang lebih luas untuk pelaksanaan agenda pembangunan rakyat.

“Pengumuman peningkatan bayaran interim daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion merupakan satu perkembangan positif kepada Sabah kerana ia menunjukkan kesediaan Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan agihan kewangan kepada negeri sementara menunggu penyelesaian penuh tuntutan 40 peratus.

“Dari sudut ekonomi, tambahan dana ini boleh menyuntik kapasiti kewangan kerajaan negeri dan memberi ruang fiskal yang lebih besar kepada kerajaan negeri untuk merancang program pembangunan yang memberi impak langsung kepada rakyat,” ujarnya kepada wartawan The Malaysia Press pada Sabtu.

Bagaimanapun katanya, interim tersebut hanyalah langkah sementara dan perkara yang lebih penting adalah penyelesaian menyeluruh berkaitan formula serta mekanisme tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah.

“Bayaran interim ini hanyalah langkah sementara, perkara yang lebih penting ialah berhubung formula dan mekanisme tuntutan 40 peratus.

“Hal ini penting bukan sahaja untuk mempercepatkan pembangunan negeri, namun penting untuk memperkukuh keyakinan hubungan Persekutuan-negeri demi meningkatkan pelaburan dan kestabilan politik,” jelasnya.

Walau pun begitu katanya, cabaran semasa perlu diambil kira bagi memastikan pembayaraan 40 peratus dapat dilakasanakan dalam masa terdekat.

“Mengambil kira cabaran semasa termasuk krisis geopolitik global dan kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan yang turut mempengaruhi perancangan fiskal negara, pastinya kemampuan Kerajaan Persekutuan memenuhi tuntutan keseluruhan juga terhad.

“Komitmen untuk meneruskan penyelesaian tuntutan 40 peratus menunjukkan bahawa isu ini masih dalam kerangka perbincangan institusi.

“Keadaan ini memberi kesan kepada perancangan kewangan negara secara keseluruhan, sekali gus memerlukan pendekatan yang seimbang dalam pelaksanaan tuntutan berkenaan,’’ kongsinya.

Dalam masa sama, beliau turut menyambut baik komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan rundingan dan penyelesaian berkaitan tuntutan 40 peratus yang menunjukkan isu tersebut masih berada dalam kerangka perbincangan institusi yang konstruktif.

Sehubungan itu, Jain mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan pengumuman nilai sebenar tuntutan 40 peratus secara kumulatif bagi membolehkan mekanisme pembayaran secara berperingkat dirangka dengan lebih jelas, telus dan realistik mengikut kemampuan fiskal negara.

“Dalam masa terdekat Kerajaan Persekutuan perlu mengumumkan nilai sebenar secara kumulatif jumlah 40 peratus agar pembayaran secara berperingkat dan berhemah dapat ditetapkan sesuai kemampuan fiskal negara.

“Pada masa yang sama, ini perlu disertai dengan perancangan dan pengurusan kewangan yang telus dan berhemah oleh kerajaan negeri untuk peruntukan agar diterjemahkan kepada manfaat boleh ‘nampak’.

“Saya juga mencadangkan kerajaan negeri membentangkan pelan pembangunan atau program jelas bagi peruntukan 40 peratus supaya lebih terancang, telus dan memberi impak kepada rakyat,’’ ujarnya.

Secara keseluruhan, Jain berkata, pengumuman tersebut merupakan perkembangan positif yang konstruktif, namun, tindakan susulan yang segera amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan keputusan ini dapat direalisasikan secara berkesan dan memberi impak langsung kepada ekonomi rakyat

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan bayaran interim pemberian khas Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion semasa merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Penampang.

Related Posts

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

PENAMPANG – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hak 40 peratus Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

KULAI – Inisiatif Dobi Kasih Rahmah yang diwujudkan oleh Komuniti MADANI Kulai menerusi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) terus menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat apabila menyediakan kemudahan dobi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Dobi Kasih Rahmah Kulai mudahkan kehidupan penduduk kampung

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Polis ambil keterangan MB Perlis, rampas ‘shotgun’, 9 peluru ‘buckshot’

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Bayaran interim Sabah meningkat kepada RM1.5 bilion, perkukuh ruang fiskal negeri

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Perlis muncul pintu gerbang perdagangan baharu ASEAN

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony

Harga tembaga tinggi punca kecurian – Anthony