Ewon alu-alukan komitmen PM laksana hak 40% Sabah, bayaran interim naik kepada RM1.5 bilion

PENAMPANG – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan hak 40 peratus Sabah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk peningkatan amaun pembayaran interim daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.

Ewon yang juga Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah berkata, pengumuman itu mencerminkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan memenuhi tuntutan berkaitan hak hasil Sabah secara berperingkat sementara rundingan pemuktamadan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah terus dilaksanakan.

“Bagi pihak UPKO, saya mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri untuk melaksanakan hak 40 peratus Sabah serta keputusan meningkatkan bayaran interim kepada RM1.5 bilion.

“UPKO akan terus menyokong usaha yang menjurus kepada pemulihan hak-hak Sabah berdasarkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Persekutuan.” katanya selepas menghadiri Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 di Hongkod Koisaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, pada Sabtu.

Perdana Menteri dalam ucapannya berkata, rundingan yang sedang dijalankan ketika ini adalah untuk memuktamadkan mekanisme pelaksanaannya, termasuk aspek perundangan dan kewangan yang berkaitan dengan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah.

Katanya lagi sementara rundingan dimuktamadkan, Perdana Menteri turut mengumumkan peningkatan pembayaran interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.

Mengenai sambutan Pesta Kaamatan, Ewon menyifatkan Kaamatan sebagai platform penting untuk memperkukuh perpaduan rakyat pelbagai kaum di Sabah.

“Kaamatan bukan sekadar perayaan kebudayaan, tetapi juga simbol kesyukuran, perpaduan dan identiti rakyat Sabah yang perlu terus dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.

Pesta Kaamatan yang disambut pada 30 dan 31 Mei merupakan perayaan tradisi pesta menuai, diraikan oleh masyarakat di Sabah sebagai tanda kesyukuran atas hasil tuaian lumayan, yang menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu – Fadhlina

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia semak status penerbangan di Jakarta

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

PM Anwar mahu bakat STEM tidak sekadar dikenal pasti, perlu dibimbing

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus