Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa.

Amaran terbabit dikeluarkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam kenyataan bersama, semalam.

Mereka sekali lagi menegaskan kenaikan mendadak harga tenaga dan baja akibat peperangan itu memberi kesan lebih besar kepada negara berpendapatan rendah.

“Stok minyak global sedang susut pada kadar paling pantas dalam sejarah susulan kehilangan besar bekalan akibat gangguan penghantaran melalui Selat Hormuz.

“Penyusutan berterusan stok minyak dunia menjelang kemuncak permintaan musim panas di Hemisfera Utara akan meningkatkan risiko keselamatan bekalan bahan api, kestabilan pasaran dan daya tahan ekonomi global, jika aliran penghantaran tidak kembali normal.

“Harga baja yang meningkat turut menjadi kebimbangan utama ketika banyak negara sedang memasuki musim penanaman,” katanya.

Perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Israel dengan Iran menyebabkan Asia Barat terjerumus dalam konflik lebih meluas apabila tindak balas Tehran menyasarkan sekutu Washington di rantau berkenaan serta menyebabkan laluan perkapalan strategik itu hampir lumpuh.

Selat Hormuz lazimnya mengendalikan kira-kira satu perlima daripada bekalan tenaga dunia.

Pada April lalu, IMF, Bank Dunia dan IEA mengumumkan pembentukan kumpulan khas menyelaras tindak balas ketiga-tiga agensi itu terhadap krisis berkenaan, terutama bagi membantu ekonomi lebih terdedah.

Pada Mesyuarat Musim Bunga IMF tahun ini, Pengarah Urusannya, Kristalina Georgieva, berkata agensi itu terpaksa menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi global kepada kadar lebih rendah susulan konflik terbabit.

Beliau menganggarkan ekonomi yang terdedah memerlukan bantuan kewangan antara AS$20 bilion hingga AS$50 bilion bagi menangani kesan ekonomi akibat peperangan itu.

IMF minggu ini, mengumumkan Bangladesh sudah memohon pakej bantuan kewangan dan rundingan sedang dijalankan bagi membangunkan program sokongan.

Konflik berkenaan memberi kesan meluas di seluruh dunia, terutama bagi negara bergantung kepada import minyak dan gas dari rantau Teluk, termasuk sebahagian besar negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara.

Bekalan baja turut terjejas, manakala negara bergantung kepada import menerima impak ketara hingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan makanan.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan