Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata, setakat ini polis belum menerima sebarang laporan rasmi berhubung kejadian itu, namun siasatan awal telah dimulakan bagi mengenal pasti fakta sebenar insiden berkenaan.

“Insiden itu sudah berada dalam pengetahuan pihak polis.

“Setakat ini belum ada sebarang laporan polis diterima, namun siasatan awal sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, siasatan turut dijalankan bagi mengenal pasti jenis senjata dan peluru yang digunakan dalam kejadian tersebut.

Katanya, pihak polis masih belum dapat mengesahkan sama ada peluru yang digunakan merupakan peluru hidup atau sebaliknya.

“Sama ada peluru yang digunakan itu adalah peluru hidup atau bukan, kita masih dalam siasatan.

“Kita akan panggil Menteri Besar untuk mendapatkan keterangan berkaitan isu ini,” katanya.

Yusharifuddin berkata, keterangan daripada pihak berkaitan akan diambil bagi membantu melengkapkan siasatan.

Terdahulu, tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan seekor lembu dipercayai ditembak menggunakan senapang ketika program korban sempena Aidiladha di Kuala Perlis.

Video tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dan menarik perhatian pihak berkuasa.

Sebelum ini, Abu Bakar menjelaskan tindakan itu dibuat selepas lembu terbabit terlepas tali dan mengamuk sehingga berpotensi mendatangkan bahaya kepada petugas serta orang ramai yang berada di lokasi program.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula