Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

TEMERLOH – Seorang pemandu ambulans swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang sebelum ini menjadi mangsa kes penderaan.

Muhammad Iqbal Fitri Mazlan, 29, didakwa di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan atas pertuduhan berkenaan, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Mohamad Hayder Abdul Mukmin di sebuah rumah di Taman Seberang Temerloh Indah 2A, di sini, jam 9 pagi pada 11 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 1 September 2026 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Adriana Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Kes itu pada awalnya disiasat sebagai kes penderaan kanak-kanak selepas mangsa berusia 2 tahun 4 bulan dibawa ke Hospital Temerloh dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun, siasatan diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas keputusan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tumpul di kepala.

Polis kemudian menahan tertuduh dan ibu mangsa, di Tanah Perkuburan Pengkalan Manggis, Temerloh pada 20 Mei lalu bagi membantu siasatan.

Tertuduh yang juga teman lelaki kepada ibu mangsa ditahan susulan siasatan lanjut berhubung kematian kanak-kanak berkenaan.

Related Posts

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita atas tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang berlaku berhampiran STOLport Long Lellang, Sarawak. Insiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menzahirkan rasa amat dukacita berhubung tragedi nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang mengorbankan lima mangsa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

PH pertahan prinsip, pesalah rasuah perlu jalani hukuman penuh

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

TPM Fadillah zahir takziah nahas helikopter di Long Lellang

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Yang di-Pertua Negeri Sarawak zahir dukacita nahas helikopter perkhidmatan doktor udara

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Abdul Azeez direman sebelum hadapi pertuduhan rasuah

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

Wawasan mula tembusi kubu Bersatu di Perlis

2 maut kereta terbabas langgar pokok

2 maut kereta terbabas langgar pokok