Negara Islam perlu bersatu tangani konflik Asia Barat – Anwar

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara Islam perlu memperkukuh perpaduan dan memainkan peranan lebih aktif dalam usaha menghentikan konflik serta keganasan berpanjangan di Asia Barat.

Perdana Menteri berkata, dunia ketika ini memerlukan pendekatan politik yang berpaksikan kebijaksanaan dan kewarasan, bukannya dipengaruhi sentimen melampau yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Beliau berkata, konflik membabitkan Gaza, selatan Lubnan dan Iran bukan sahaja mengorbankan nyawa, malah memberi kesan terhadap kestabilan ekonomi global termasuk kepada negara di rantau ini.

“Suasana ini sekali lagi kesannya sampai ke rantau kita. Negara yang mencatat ekonomi baik dan keadaan aman tetapi terjejas sedikit sebanyak lantaran kesan ekonomi tidak menentu.

“Saya aneh dengan masyarakat antarabangsa. Kalau kita mahu berharap Eropah, Amerika Syarikat (AS) untuk meletak semangat demokrasi (dan) keadilan, saya ingat ia sudah pupus sama sekali.

“Sebab yang nyata apabila rakyat Gaza dan selatan Lubnan dizalimi, hampir tidak beri kesan… betapa maruah di dunia ini yang berisik (riuh).

“Jadi, sebab itulah saya selalu katakan ini ciri kemunafikan, hipokrasi dunia Barat yang boleh mengizinkan (kezaliman berlaku),” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Saidina Hamzah, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar berkata, Malaysia akan terus mempertahankan prinsip kebebasan dan konsisten menyuarakan pembelaan terhadap golongan yang ditindas termasuk rakyat Palestin di Gaza.

Beliau berkata, pendekatan politik yang terlalu dipengaruhi emosi dan sentimen sempit tidak akan membantu menyelesaikan krisis dunia yang semakin meruncing.

“Sebab itu, politik kita jangan terbawa-bawa dengan sentimen. Harus tenang, ada kebijaksanaan, tumpu membela nasib rakyat… bukannya untuk menggila seperti yang berlaku di negara Barat.

“Bagi Malaysia, kita masih mempertahankan prinsip kebebasan serta menyatakan hak sama ada bagi umat Islam yang tertindas atau manusia lain, dan suara kita akan terus tegas serta lantang,” katanya.

Related Posts

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Persekutuan akan terus menghormati proses perundangan dan kedudukan institusi Raja Berperlembagaan dalam menangani sebarang isu berkaitan pentadbiran negeri.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

SEREMBAN – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sehingga ke hari ini tidak pernah sama sekali dikaitkan dengan sebarang dakwaan salah guna kuasa atau isu integriti. Sehubungan itu, Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Mandat Kerajaan Perpaduan penting demi masa depan Negeri Sembilan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Projek balak, tanah mana yang Tok Min ‘sauk’ sampai dijatuhkan – Anwar

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Kasih kepada rakyat, amanah untuk negara: Mesej politik kemanusiaan PMX

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

Aminuddin seru rakyat Negeri Sembilan keluar mengundi pada PRN

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

KPDN perluas Program Pasar Patuh, Pasar Komuniti Stutong jadi model pematuhan

Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak

Sibu tuan rumah MQNKSS Peringkat Sarawak 2026, cungkil bakat kesenian Islam pelajar Sarawak