Dakwaan PeSAWAH disanggah PKR Kedah

DAKWAAN kononnya sebahagian besar pesawah di Kedah memboikot musim penanaman padi akibat isu diesel disifatkan tidak tepat dan boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

Setiausaha Politik Kanan Presiden PKR merangkap Exco Biro Pertanian parti itu, Datuk Romli Ishak berkata, data Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menunjukkan lebih 50,000 keluarga pesawah sedang dan telah mengusahakan penanaman padi bagi musim ini.

Katanya, keadaan itu bercanggah dengan dakwaan Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) sebelum ini yang mendakwa hanya sekitar 10 peratus pesawah di Kedah turun mengerjakan sawah susulan isu diesel.

“Perkara ini sedang kita usahakan bersama. Pada masa sama, kita berharap tiada kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan atau kegusaran dalam kalangan pesawah,” katanya kepada pemberita selepas Program Ibadah Korban dan Agihan Daging Korban di Jerlun semalam.

Romli berkata, pihaknya turut turun padang bertemu pesawah dan nelayan bagi memberi penerangan mengenai isu bekalan diesel selain membantu proses pendaftaran permit subsidi diesel.

“Pelbagai usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan kebajikan pesawah terus terbela dan proses penanaman tidak terganggu.

“Pihak MADA sentiasa mengikuti perkembangan aktiviti sawah di Kedah dan tidak timbul masalah yang dudakwa itu berlaku,” ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Kedah berkata, hasil tuaian padi musim lalu sememangnya agak rendah, namun faktor utama bukan berpunca daripada isu diesel.

Sebaliknya menurut beliau, keadaan cuaca tidak menentu menjadi antara penyebab utama hasil pengeluaran merosot.

Dalam masa sama, Romli berkata, kerajaan turut menyalurkan bayaran pendahuluan Insentif Pembajakan kepada pesawah sebanyak RM200 sehektar di Semenanjung Malaysia.

“Bantuan tersebut mula disalurkan secara berperingkat sejak 19 Mei lalu melibatkan pesawah berdaftar di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan bagi musim semasa.

“Ini terbukti Kerajaan MADANI tidak akan membebankan pesawah , malah sentiasa membantu demi periuk nasi petani di negeri ini,” jelasnya.

Terdahulu, Persatuan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) mendakwa sebahagian besar pesawah di Kedah memboikot musim penanaman kali ini kerana berdepan masalah berkaitan diesel subsidi.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya