Institut memandu diseru percepat program MyLesen B2 percuma

LIMBANG – Pihak institut memandu di daerah ini diseru agar mempercepatkan pelaksanaan Program MyLesen B2 percuma yang menyasarkan kira-kira 1,000 peserta bagi Bahagian Limbang, khususnya golongan belia dan kumpulan berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, program tersebut sangat signifikan bagi membantu masyarakat setempat mendapatkan lesen motosikal secara sah, sekali gus meningkatkan kesedaran dan keselamatan pengguna jalan raya di kawasan luar bandar.

“Masih terdapat ramai penduduk khususnya belia di kawasan pedalaman dan luar bandar yang belum memiliki lesen memandu disebabkan kekangan kewangan serta kos pengambilan lesen yang agak tinggi.

“Program ini amat membantu golongan memerlukan. Lesen memandu sangat penting bukan sahaja untuk mematuhi undang-undang, tetapi juga demi keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran Institut Memandu Savy Limbang pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Hasbi memberitahu, pemilikan lesen memandu yang sah mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda, termasuk dalam sektor ekonomi gig seperti perkhidmatan penghantaran serta pelbagai industri lain.

Sehubungan itu, beliau berharap inisiatif kerajaan menerusi Program MyLesen B2 dapat dipercepatkan agar manfaatnya segera dinikmati oleh anak muda di bahagian ini.

Beliau turut berharap agar kerajaan mempertimbangkan kesinambungan program lesen percuma ini pada masa akan datang, memandangkan permintaannya di Limbang masih amat tinggi.

Dalam perkembangan sama, Hasbi merakamkan ucapan tahniah kepada Institut Memandu Savy Limbang atas penganjuran ibadah korban yang menyembelih seekor kerbau, buat julung kalinya di pusat berkenaan.

“Syabas dan tahniah kepada pihak penganjur. Walaupun pertama kali diadakan, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“Program seperti ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam dan falsafah pengorbanan sempena Aidiladha, malah menjadi medium terbaik untuk mengeratkan ukhuwah serta memupuk keprihatinan sosial dalam kalangan komuniti,” jelasnya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong melapah daging korban sebelum diagihkan kepada penduduk sekitar serta golongan asnaf yang memerlukan.

Related Posts

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

KUANTAN – Gerakan koperasi di Pahang mencatat perolehan RM1.13 bilion tahun lalu, meningkat 15 peratus berbanding 2024, manakala jumlah aset keseluruhan kini melebihi RM1.73 bilion. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak akan meluluskan pembangunan pusat data baharu di kawasan yang tidak mempunyai kapasiti bekalan air dan tenaga mencukupi bagi menampung keperluan industri berkenaan. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

Selangor tegas tidak lulus pusat data jika bekalan air, tenaga tidak mencukupi

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

RM4.08 juta dadah, ketum dilupus, 12,916 pesalah ditahan – Polis Perak

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

SACC dijenama semula sebagai SITC, pacu Shah Alam jadi hab perdagangan

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin

‘Pas penipu atau gagal memahami akaun kewangan TH, sila jelaskan’ – Chong Zhemin