Hari Wartawan Nasional: Fadillah hargai peranan media pupuk perpaduan

KUCHING – Peranan pengamal media di negara ini terus diiktiraf sebagai komponen penting, khususnya dalam usaha memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, wartawan memikul tanggungjawab yang besar untuk bersama-sama membina sebuah negara yang aman, sejahtera, maju dan makmur.

Justeru, bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional, beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pengamal media di Malaysia atas dedikasi serta sumbangan mereka.

“Saya berharap agar para wartawan terus memberikan khidmat bakti yang cemerlang dalam menyalurkan berita yang sahih, tepat dan penuh integriti kepada masyarakat.

“Wartawan memainkan peranan yang sangat penting dalam memartabatkan semangat perpaduan rakyat demi kelangsungan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pengagihan Daging Korban bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha 1447H/2026 di Surau Darul Ehsan, Kampung Sinjan pada Jumaat.

Dalam perkembangan berkaitan acara tersebut, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya menzahirkan penghargaan atas inisiatif Pusat Khidmat Parlimen Petra Jaya yang menyumbangkan sebanyak 63 lembu untuk ibadah korban pada tahun ini.

Sumbangan bermakna itu diagihkan secara menyeluruh untuk manfaat surau, masjid, kelab di bawah jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan, serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pada majlis yang dikendalikan secara bergotong-royong itu, seramai 20 penerima dalam kalangan penduduk di Kampung Sinjan turut menerima agihan daging korban berkenaan.

“Kita perlu sentiasa mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

“Nilai pengorbanan ini adalah asas penting dalam memastikan kelangsungan hidup serta membawa kepada kejayaan institusi keluarga, masyarakat, negeri dan juga negara,” jelasnya.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan