10 lembu korban untuk komuniti oleh UMNO Bahagian Jerantut

KUANTAN – UMNO Bahagian Jerantut melaksanakan ibadah korban di Dataran Majlis Daerah Jerantut, dekat Jerantut, pagi tadi.

Sebanyak 10 ekor lembu dikorbankan sempena majlis berkenaan.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jerantut, Razak Daud memaklumkan, lembu korban itu adalah sumbangan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua UMNO Bahagian, Haris Salleh Hamzah.

“Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan selesai sebelum solat Jumaat.

“Untuk program peringkat UMNO Bahagian tahun ini, Datuk Seri Diraja (Wan Rosdy) dan Haris Salleh menyumbangkan lembu korban.

“Selesai proses sembelih dan tugasan melapah, daging itu diagihkan kepada penduduk sekitar bandar Jerantut selain turut dimasak untuk jamuan makan tengah hari,” katanya.

Beliau memaklumkan, program berkenaan adalah acara tahunan dan bertujuan merapatkan hubungan antara pemimpin UMNO, ahli dan juga komuniti.

Katanya, selain penganjuran program korban perdana, UMNO Bahagian Jerantut juga turut aktif dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan lain.

“Program ini adalah antara aktiviti dilakukan UMNO Jerantut, ia bukan program bermusim.

“Setiap hari, setiap minggu… memang ada program bersama komuniti dilakukan dan kita bukan bekerja untuk pilihan raya saja,” jelasnya.

Related Posts

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Penyelidik UMS sahkan penemuan tumbuhan misteri di Tawau sebagai spesies baharu

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Ibadah Korban Rahmah AMANAH Batu Pahat eratkan ukhuwah penduduk Senggarang

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya

Waspada dengan hari yang penuh tipu daya