Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

PERMINTAAN ibadah korban yang dianggarkan mencecah RM350 juta tahun ini dilihat sebagai petunjuk positif terhadap kekuatan permintaan domestik negara selain mencerminkan kemampuan rakyat dalam melaksanakan tuntutan agama walaupun dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi global.

Pensyarah Kewangan Gelagat, Jabatan Ekonomi, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Mohammad Abdul Hamid berkata, perkembangan itu turut memberi limpahan manfaat kepada ekosistem ekonomi tempatan termasuk sektor penternakan, logistik, peruncitan dan perkhidmatan berkaitan.

Menurut beliau, dalam konteks keterjaminan makanan, kerajaan perlu terus memperkukuh pengeluaran sumber makanan tempatan supaya negara lebih berdaya tahan dan mampu mengekalkan kadar pengeluaran yang mampan.

“Permintaan korban yang tinggi menunjukkan rakyat masih mempunyai keupayaan berbelanja dan melaksanakan ibadah. Pada masa sama, ia menyokong aktiviti ekonomi domestik serta memperkukuh rantaian bekalan tempatan.

“Kerajaan perlu meneruskan usaha memperkasakan sektor agromakanan dan pengeluaran domestik agar negara tidak terlalu bergantung kepada import makanan, khususnya ketika dunia berdepan ketidakstabilan ekonomi dan gangguan rantaian bekalan,” katanya ketika ditemu bual The Malaysia Press hari ini.

Beliau turut menegaskan budaya dermawan dan semangat bersedekah yang dipamerkan rakyat Malaysia menerusi ibadah korban perlu terus disemarakkan, terutama ketika negara dijangka berdepan tekanan ekonomi yang lebih mencabar bermula Jun ini.

Katanya, sikap saling membantu dalam masyarakat menjadi elemen penting bagi mengurangkan beban golongan yang terkesan sekiranya berlaku tekanan kos sara hidup atau kejutan ekonomi global.

Dalam pada itu, Mohammad berkata, ekonomi domestik Malaysia ketika ini masih berada dalam keadaan baik berbanding beberapa negara lain yang lebih terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Beliau berpandangan asas ekonomi negara kekal kukuh hasil pendekatan fiskal yang berhati-hati selain sokongan berterusan kerajaan dan sektor industri.

“Setakat ini ekonomi Malaysia masih stabil dan berdaya tahan. Dasar fiskal yang berhati-hati serta campur tangan kerajaan dalam sektor strategik membantu mengekalkan momentum ekonomi domestik,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa negara perlu bersiap siaga menghadapi kemungkinan gelombang kedua kesan krisis global yang boleh memberi tekanan kepada pengguna dan industri.

Menurut beliau, kerajaan perlu melaksanakan pemantauan berkala berasaskan data bagi memastikan setiap langkah intervensi dapat disesuaikan dengan keadaan semasa.

“Pendekatan holistik dan bersasar oleh kerajaan amat penting. Sekiranya situasi memerlukan perubahan terhadap inisiatif sedia ada, saya percaya kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakannya secara berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau turut menyeru industri dan majikan agar terus menyuburkan budaya saling membantu bersama rakyat sekiranya berlaku tekanan ekonomi atau gangguan bekalan pada masa akan datang.

“Kerjasama antara kerajaan, industri dan masyarakat amat penting untuk memastikan kestabilan ekonomi serta kebajikan rakyat terus terpelihara dalam menghadapi sebarang cabaran mendatang,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan