Aidiladha semarak syiar Islam, kukuh nilai pengorbanan – Raja Muda Perlis

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah sambutan Aidiladha perlu terus disemarakkan dengan syiar Islam bagi memperkukuhkan penghayatan nilai keikhlasan, ketaatan dan semangat pengorbanan dalam kehidupan seharian.

Baginda bertitah, nilai-nilai murni tersebut menjadi pemangkin dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, harmoni serta berdaya maju di samping terus mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Nilai-nilai murni ini menjadi pemangkin dalam membentuk masyarakat bersatu padu, harmoni dan berdaya maju, di samping terus mengutamakan kepentingan agama, bangsa dan negara,” titah baginda.

Terdahulu, baginda menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 1,200 jemaah di Dataran Istiadat Istana Arau, di sini hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

Solat sunat itu dipimpin Imam Besar Negeri, Amnan Muthqa Azanol manakala khutbah bertajuk ‘Pengorbanan Memajukan Umat Islam’ disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis, Mohd Nazim Mohd Noor.

Selepas solat, baginda turut berkenan beramah mesra bersama jemaah yang hadir.

Baginda sekeluarga turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya di negeri ini.

Sementara itu, sambutan Aidiladha di Perlis diraikan dalam suasana sederhana apabila orang ramai mengambil peluang menyertai majlis ibadah korban selain mengunjungi saudara-mara dan kenalan rapat.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

Kajian gabungan elemen GST-SST belum ditetapkan tempoh – Fahmi

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar