Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

ALOR SETAR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ejen hartanah yang dituduh cuba membunuh ibu tunggal dengan menikam leher mangsa dihantar ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri.

Hakim N. Priscilla Hemamalini memerintahkan demikian ke atas tertuduh, Muhammad Ilhami Badaruddin, 32, selepas membenarkan permohonan peguam, Mohd. Hakim Hamran.

Mohd. Hakim memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya mempunyai masalah mental dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Terdahulu, Muhammad Ilhami mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan sebaik pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Priscilla.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa cuba membunuh dengan cara menikam leher Nurul Husna Kasmani, 35, menggunakan pisau di Titi Gajah, Kepala Batas, di sini kira-kira pukul 9.19 malam, 17 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, manakala jika perbuatan itu menyebabkan kecederaan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Related Posts

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

IPOH – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama