Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

IPOH – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting, awal pagi Selasa.

Dalam kenyataan media, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan kejadian itu dikesan oleh Polis Bantuan KTMB selepas pemeriksaan dilakukan di lokasi dan mendapati berlaku kehilangan kabel yang memberi kesan langsung terhadap operasi sistem rel di laluan berkenaan.

Gangguan tersebut menyebabkan beberapa perkhidmatan ETS dan KTM Komuter Utara di sektor utara mengalami kelewatan ketara daripada jadual asal perjalanan.

“Insiden ini bukan sahaja menjejaskan kelancaran operasi tren, malah memberi implikasi terhadap aspek keselamatan serta keyakinan pengguna terhadap sistem perkhidmatan rel negara,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Antara perkhidmatan ETS yang terjejas ialah tren EP9121 yang mengalami kelewatan sehingga 90 minit, selain EX9171 (21 minit), EP9323 (enam minit) dan EG9343 (tiga minit).

Perkhidmatan KTM Komuter Utara turut menerima tempias apabila tren No. 2902 mengalami kelewatan kira-kira 34 minit, diikuti No. 2904 (40 minit), No. 2903 (23 minit) dan No. 2905 yang lewat sekitar 25 minit setakat jam 8 pagi.

Justeru, KTMB memandang serius kegiatan vandalisme dan kecurian kabel berkenaan kerana ia bukan sahaja menjejaskan operasi harian perkhidmatan rel, malah boleh mengundang risiko keselamatan kepada pengguna serta sistem pengangkutan awam negara.

“Pasukan teknikal KTMB kini giat menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan bagi menstabilkan semula sistem semboyan serta memastikan operasi tren kembali pulih sepenuhnya dalam kadar segera,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, penumpang disaran mendapatkan maklumat terkini berkaitan status perjalanan tren menerusi media sosial rasmi KTMB atau melalui kakitangan stesen bertugas.

KTMB turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penumpang dan menghargai kesabaran serta kerjasama orang ramai sepanjang gangguan operasi tersebut.

Foto: KTMB

Related Posts

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memperhebat penguatkuasaan sempena musim perayaan menerusi pelaksanaan Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2026 apabila sebanyak 510 notis P22 dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 1,662…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid