Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

LIMBANG – Keprihatinan kerajaan terhadap mangsa musibah diterjemahkan menerusi penyaluran peruntukan RM3.018 juta bagi membina semula kediaman di Rumah Panjang Rantau Kiran yang musnah dalam kebakaran pada 25 Januari 2023.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah berkata, dana di bawah peruntukan bencana Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu melibatkan pembinaan semula 18 pintu rumah panjang serta 21 rumah persendirian.

Menurut beliau, tragedi kebakaran tersebut memusnahkan keseluruhan 39 pintu kediaman, sekali gus menjejaskan kehidupan ramai penduduk di kawasan berkenaan.

“Kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib masyarakat yang ditimpa musibah dan akan sentiasa berusaha membantu bagi meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Kita bersyukur projek pembinaan semula penempatan ini berjaya dilaksanakan mengikut spesifikasi serta tempoh masa yang telah ditetapkan,” katanya ketika berucap sempena lawatan ke Rumah Panjang Rantau Kiran di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, daripada jumlah rumah persendirian yang dibina, sebanyak 18 unit telah siap sepenuhnya manakala baki tiga unit lagi masih dalam peringkat pelaksanaan di bawah seliaan Pejabat Daerah Limbang.

Jelasnya, kos keseluruhan bagi pembinaan rumah panjang tersebut menelan belanja kira-kira RM1.4 juta, yang memperuntukkan nilai RM79,000 bagi setiap pintu kediaman.

“Berdasarkan tinjauan, kerja pembinaan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Namun, masih terdapat beberapa kerosakan kecil yang perlu dibaiki segera oleh pihak kontraktor,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Lembaga Air Kuching supaya menyegerakan proses penyambungan bekalan utiliti elektrik dan air bagi membolehkan penduduk berpindah ke kediaman baharu secepat mungkin.

Tambah beliau, komitmen kerajaan tidak terhenti pada perumahan sahaja, malah beberapa projek sokongan lain turut digerakkan termasuk pembinaan bilik gerakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bernilai RM150,000 yang kini sedang rancak dilaksanakan.

Inisiatif pembangunan lain di kawasan itu turut merangkumi projek pembersihan tapak kebakaran (RM273,235) serta membaik pulih sistem paip air graviti di Rumah Bujang, Rantau Kiran, Nanga Medamit bernilai RM68,800 yang telah siap sepenuhnya pada September 2023.

Related Posts

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

SEREMBAN – Pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa serta-merta pada 20 September 2026. Keputusan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

10 Exco Negeri Sembilan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta-merta

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia