AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

KOTA KINABALU – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 14 kontena mengandungi ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta yang dipercayai dibawa masuk menggunakan pengikraran palsu di Pelabuhan Sepanggar.

Ketua Pengarah AKPS, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rampasan melibatkan keseluruhan berat 404,232 kilogram (kg) dengan produk dipercayai berasal dari China dan Hong Kong.

“Pemeriksaan dijalankan di kawasan Custom Examination Area (CEA) Pelabuhan Sepanggar mendapati semua kontena terbabit mengandungi ayam sejuk beku yang dibawa masuk melalui pengikraran tidak benar.

“Modus operandi dikesan menggunakan pengikraran barangan lain termasuk ubi kentang dan kacang pes.

“Produk terbabit juga telah dipaketkan dan dipercayai sedia untuk dipasarkan di pasaran tempatan,” katanya pada sidang media di Tapak Pemeriksaan Kontena, Pelabuhan Sepanggar, pada Selasa.

Menurut Mohd Shuhaily, AKPS telah menyita keseluruhan dagangan berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut dan tindakan penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 berkaitan kesalahan membuat perakuan atau dokumen tidak benar dalam perkara material.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tambahnya, operasi berkenaan dilaksanakan sejak 19 Mei lalu hasil kerjasama AKPS bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS) dan pihak berkuasa pelabuhan.

Tambahnya lagi, AKPS turut mengenal pasti 12 lagi kontena dipercayai menggunakan modus operandi sama dan kini berada di bawah pemantauan pihak berkuasa.

“Kontena terbabit dianggarkan melibatkan berat keseluruhan 348,000 kg dengan nilai dagangan RM3.42 juta.

“AKPS memandang serius sebarang cubaan membawa masuk dagangan secara tidak sah melalui pengikraran palsu atau pelanggaran kawal selia di pintu masuk negara.

“Kita akan terus memperkukuh kawalan dan pemeriksaan menerusi penguatkuasaan bersepadu bersama agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan sempadan dan pematuhan undang-undang sentiasa terpelihara,” ujarnya.

Related Posts

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

PARTI Islam Se-Malaysia (Pas) merupakan antara parti politik tertua di negara ini dan mempunyai sejarah panjang dalam membentuk kerjasama politik dengan pelbagai gabungan parti. Namun, hampir setiap kerjasama yang dibina…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

KOTA KINABALU – Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 tampil dengan beberapa pembaharuan besar termasuk pengenalan sistem penilaian dua peringkat serta penambahan jumlah peserta yang layak ke pusingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS hanya laksana amanah penguatkuasaan di Sabah – Mohd Shuhaily

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta

AKPS rampas 14 kontena ayam sejuk beku bernilai RM2.43 juta