Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang zahir takziah untuk keluarga tragedi FSO Sepat

KUANTAN – Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berharap seluruh ahli keluarga mangsa tragedi pelantar minyak platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan diberi ketabahan dan kekuatan.

Baginda berdua turut berharap agar segala urusan keluarga mangsa dipermudahkan dalam menghadapi saat sukar dan menyedihkan itu.

Al- Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

“Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita dan amat bersimpati atas tragedi berkenaan yang turut mengorbankan dua anak Pahang itu.

“Malah, baginda berdua mendoakan agar roh semua mangsa dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” titahnya dalam satu kenyataan di Facebook Kesultanan Pahang, hari ini.

Tragedi itu mengorbankan dua anak Pahang iaitu Allahyarham Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan dan Allahyarham Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 38, dari Bandar Indera Mahkota.

Dalam kejadian itu, tiga pekerja dilaporkan maut manakala seorang lagi parah selepas bot penyelamat dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di platform berkenaan.

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Ng Suee Lim nasihat penduduk waspada susulan puting beliung di Tanjong Karang

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Bukit Lima Nature Reserve catat rekod Malaysia, taman hutan paya gambut bandar terbesar

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Lelaki cedera terjatuh 30 meter ketika mandi di air terjun

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur JIM

Geng Karim tumpas, sindiket seludup migran raih RM3.2 juta digempur  JIM