Pelajar tingkatan lima hamil 35 minggu, penganggur ditahan

SARATOK – Rahsia seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang mengadu mengalami masalah kaki bengkak akhirnya terbongkar apabila dia disahkan hamil 35 minggu dalam satu pemeriksaan kesihatan di Kabong, baru-baru ini.

Susulan kejadian itu, polis bertindak menahan seorang pemuda berusia 22 tahun yang juga teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, kejadian terbongkar selepas remaja berusia 16 tahun 10 bulan itu pergi ke Klinik Kesihatan Nyabor pada 22 Mei lalu.

“Mangsa hadir ke klinik untuk pemeriksaan kesihatan kerana mengadu masalah kaki bengkak dan mendakwa tidak datang haid selama lima bulan.

“Hasil pemeriksaan dan saringan kehamilan yang dijalankan pegawai perubatan mendapati mangsa telah hamil kira-kira 35 minggu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, pegawai perubatan bertugas kemudian merujuk mangsa kepada Pakar Sakit Puan Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut, manakala laporan polis turut dibuat susulan penemuan berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kes tersebut, Mathew memberitahu, mangsa yang merupakan anak kedua daripada dua beradik itu tinggal bersama keluarga bapa saudaranya di Kabong serta menetap di asrama sekolah sejak awal tahun ini.

Jelasnya, mangsa dan suspek yang tidak bekerja itu dipercayai mula berkenalan melalui laman sosial Facebook sejak kira-kira setahun lalu.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan suspek utama yang berasal dari Sarikei itu.

“Siasatan awal serta soal siasat mendapati suspek mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama mangsa sebanyak dua kali di sekitar Pantai Tanjung Kembang, Kabong pada Oktober tahun lalu,” ujarnya.

Tambah beliau, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Saratok untuk proses permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan merogol.

Tegasnya, pihak polis menganggap kes berkenaan telah selesai dengan tertangkapnya suspek utama terbabit.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff