Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

LONG LAMA – Baram dilihat mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Bumi Kenyalang, didorong oleh kekayaan warisan tradisi, kepelbagaian etnik serta keindahan alam semula jadinya yang kekal terpelihara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew berkata, usaha untuk mempromosikan kawasan luar bandar seperti Baram perlu diperhebat bagi menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, keunikan identiti budaya masyarakat setempat bukan sahaja menjadi tarikan utama, malah mampu melonjakkan Baram sebagai produk pelancongan berasaskan komuniti yang berdaya saing tinggi.

“Warisan budaya, seni tradisional serta sifat ramah masyarakat di Baram adalah kekuatan sebenar kawasan ini yang perlu terus dipelihara dan diketengahkan kepada dunia luar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Budaya Baram 2026 di Dewan SJKC Kee Tee, Long Lama pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Sebastian menegaskan, kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk memperkasakan pembangunan pelancongan di kawasan pedalaman melalui penambahbaikan kelengkapan infrastruktur dan kemudahan asas.

Jelas beliau, jaringan jalan raya yang bertambah baik kini memudahkan akses ke Baram, sekali gus membuka ruang ekonomi yang lebih luas kepada penduduk setempat menerusi sektor pelancongan.

“Jika diimbau kembali, perjalanan dari Miri ke Long Lama suatu ketika dahulu boleh memakan masa sehingga dua hari, namun kini ia hanya memerlukan kira-kira dua jam sahaja.

“Saya optimis Baram mampu muncul sebagai antara destinasi pelancongan budaya terbaik di Sarawak sekiranya usaha promosi dan pembangunan dilaksana secara berterusan dengan sokongan padu semua pihak,” ujarnya.

Untuk rekod, Festival Budaya Baram 2026 dianjurkan oleh Persatuan Kayan Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta komuniti setempat.

Pelbagai acara menarik disajikan sepanjang festival berkenaan berlangsung seperti

Pertandingan bot laju, Persembahan kebudayaan Datun Julud, Pencarian Ratu Ibu Baram dan pelbagai acara sukan rakyat.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

PADANG BESAR – Projek Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSMP) di Bukit Chabang yang terbengkalai selama 11 tahun tidak boleh lagi berulang sehingga menjadi satu kebiasaan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan pemergian Ketua Pemuda UMNO Bahagian Maran, Allahyarham Mohd Radzi Rahim yang meninggal dunia dalam kejadian pokok tumbang di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Projek SSMP tidak boleh terbengkalai kali keempat

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

Wan Rosdy anggap pemergian Mohd Radzi kehilangan besar UMNO Pahang

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

PDRM Sabah perhebat kerjasama strategik dengan Polis Indonesia

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Hajiji sampaikan bantuan YKS RM30,600 pada 102 KIR terjejas banjir

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Penduduk rayu tindakan segera atasi ancaman gajah liar di Batu Puteh

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang

Empat maut Ford Raptor dihempap pokok tumbang