Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan menyediakan satu nota khas kepada Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil resolusi daripada Pemukiman Membanteras Penipuan Dalam Talian, Jun ini.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah drastik ini diambil bagi memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara ekoran ancaman jenayah dalam talian yang semakin meruncing.

“Kita akan sediakan satu nota kepada Jemaah Menteri hasil pemukiman membanteras penipuan dalam talian ini.

“Jika ada keperluan kita mungkin tubuhkan satu jawatankuasa yang dianggotai agensi dan pihak yang dijemput dalam pemukiman tersebut.

“Kita akan mulakan dengan komposisi itu termasuk wakil daripada Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian (JKDM) yang dipengerusikan Tan Sri Hasnah Mohamed Hashim,” katanya pada sidang media selepas Majlis penutupan Pemukiman Membanteras Penipuan Dalam Talian di Pusat Konvensyen Connexion, Bangsar South, pada Ahad.

Selain itu, Fahmi mendedahkan bahawa setakat ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima permohonan untuk menurunkan sebanyak 271,472 kandungan negatif di platform media sosial.

“Dari jumlah tersebut, majoriti besar iaitu sebanyak 91 peratus adalah melibatkan aktiviti penipuan dan judi dalam talian.

“Facebook menjuarai kandungan judi dan penipuan dalam talian di mana 81 peratus dikesan melibatkan judi dalam talian.
“Manakala 58 peratus pula ialah kes penipuan dikesan berlaku di platform yang sama (Facebook),” katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji komitmen platform penstriman video pendek, TikTok, yang disifatkan sebagai platform yang paling mudah memberikan kerjasama erat dengan pihak Kerajaan Malaysia setakat ini.

“Untuk pemukiman kali ini, kita telah menjemput semua pihak bank dan syarikat telekomunikasi (telco).

“Bagaimanapun, hanya pihak TikTok sahaja yang hadir, manakala pihak Meta gagal memberi kerjasama sepanjang tiga pemukiman ini,” katanya.

Selain itu katanya, bagi mengekang pengaliran wang mangsa ke akaun keldai, Fahmi menggesa agar aspek kerjasama dengan pihak bank dipertingkatkan segera.

Beliau turut mempersoalkan mengapa mekanisme keselamatan ketat yang diguna pakai oleh sistem kad kredit tidak dilaksanakan untuk transaksi perbankan lain.

“Apabila ada transaksi mencurigakan melibatkan kad kredit, pembayaran akan dihentikan sementara, dan pihak bank akan menghubungi pemilik kad untuk pengesahan.

“Persoalannya, kalau kad kredit boleh buat begitu, kenapa kaedah yang sama belum dilaksanakan untuk transaksi perbankan lain,” katanya.

Tambah beliau, langkah ini penting bagi menyekat transaksi berulang berdasarkan data yang diperoleh daripada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC).

“Gerak kerja kempen kesedaran membasmi penipuan dalam talian ketika ini dilihat bergerak secara bersendirian oleh pihak telco, bank, dan MCMC.

“Saya menyarankan agar satu kempen anti-penipuan bersepadu dan nasional dilancarkan secara bersama agar impaknya lebih menyeluruh,” katanya.

Related Posts

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi mendedahkan platform Facebook ketika ini digambarkan gagal memberikan kerjasama untuk usaha membanteras kandungan penipuan dan judi dalam talian yang semakin membimbangkan di Malaysia. Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi akan mengadakan perbincangan dengan TikTok bagi membolehkan organisasi media di Malaysia menjana pendapatan menerusi kandungan penstriman langsung yang disiarkan di platform berkenaan. Menteri Komunikasi Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan