PRK Nenggiri: 33 penguat kuasa SPRM buat pemantauan

KOTA BHARU – Sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang akan berlangsung 17 Ogos nanti, seramai 33 penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan akan menjalankan tugas.

Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, turut memaklumkan satu bilik gerakan akan beroperasi di Kota Bharu secara 24 jam selepas hari penamaan calon pada 3 Ogos.

“Dua anggota diselia oleh seorang pegawai kanan akan ditempatkan di Bilik Gerakan SPRM di Kota Bharu bagi menerima laporan melibatkan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” katanya.

Menurutnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 disifatkan sebagai akta ‘bermusim’ merangkumi penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan rasuah sebelum, semasa dan selepas pilihan raya.

“Misalnya kesalahan seperti menjamu, menjanjikan atau memberikan apa-apa barangan atau wang semasa berkempen.

“Semua itu menjadi satu kesalahan dan jika ada aduan, kami akan melakukan siasatan mengikut akta-akta yang tersedia,” katanya.

Rosli turut memberitahu orang ramai masih boleh menyalurkan maklumat dan aduan di pejabat SPRM Cawangan Gua Musang yang akan beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ahli Politik dan SPRM Kelantan Komited Memperkasa Budaya Tolak Rasuah di Kompleks Kota Darulnaim, pada Khamis.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil