Hubungan Pas-Bersatu dalam PN makin tegang, isyarat perpecahan kian jelas

KENYATAAN Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat memberi gambaran wujud tekanan dalaman yang semakin serius dalam gabungan pembangkang itu.

Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr Azmi Hassan berkata, sebelum ini suara tidak puas hati terhadap Bersatu lazimnya hanya disuarakan beberapa Ahli Parlimen Pas dan belum sampai ke peringkat kepimpinan tertinggi parti itu.

Bagaimanapun, katanya, apabila Presiden Pas sendiri mula menyentuh perkara berkenaan, ia menunjukkan wujud mesej dan matlamat tertentu yang mahu disampaikan kepada Bersatu.

“Lazimnya yang bersuara tentang tak puas hati tentang Bersatu adalah daripada ahli Parlimen Pas, tidaklah sampai ke peringkat Presiden Pas,

“Dan bila Presiden Pas bersuara tentang perkara ini, ini mempamerkan objektif itu, matlamat itu telah ada situ iaitu sama ada untuk bukan hanya untuk memberi amaran ataupun peringatan kepada Bersatu tetapi memberi syarat kepada Bersatu bahawa Bersatu sudah tidak sesuai dalam PN kerana masalah.

“Bukan masalah pentadbiran sahaja tapi masalah lemahnya Bersatu itu dikatakan boleh membawa PN ke bawah iaitu penyokong PN jangan merasa sangsi dengan masalah Bersatu di situ,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan hubungan antara Pas dan Bersatu yang dilihat semakin tegang kebelakangan ini.

Pada Jumaat, Abdul Hadi memberikan bayangan bahawa hubungan antara Pas dan Bersatu dalam PN dilihat semakin berdepan ketegangan apabila parti Islam itu kini sedang menilai serta meneliti pelbagai perbezaan pendirian dan tindakan yang didakwa kurang selari dalam kalangan rakan komponennya.

Beliau berkata, antara perkara yang kurang disenangi ialah tindakan Bersatu yang menolak usaha memperkukuh PN termasuk menyekat penyertaan parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak bersifat ekstrem.

Menurutnya, Pas berpandangan bahawa gabungan itu wajar diperluaskan dengan lebih banyak komponen bagi memperkukuh agenda Melayu-Islam, namun pandangan tersebut tidak mendapat persetujuan daripada pihak terbabit.

Dalam pada itu, Azmi berkata, antara isu utama yang menimbulkan ketidakpuasan hati Pas ialah tindakan Bersatu membuat keputusan tanpa perbincangan bersama selain didakwa tidak bersetuju menerima kemasukan parti baharu ke dalam PN.

Katanya, tindakan itu dipercayai berpunca daripada kebimbangan terhadap pengaruh bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam gabungan berkenaan.

“Masalah Bersatu membuat keputusan tanpa berbincang tu satu hal tapi yang terkini adalah di mana Bersatu tidak mahu parti politik yang baru masuk dalam PN hanya bimbang Hamzah Zanuddin menggunakan parti-parti politik yang lain untuk berada dalam PN dan bantahan itu dikatakan merugikan Pas kerana Pas melihat bahawa PN memerlukan kekuatan yang baru.

“Tidak cukup dengan hanya empat parti sahaja yang menganggotai PN pada ketika ini,” katanya.

Tambah Azmi, kenyataan Abdul Hadi itu juga boleh ditafsirkan sebagai isyarat bahawa parti berkenaan mahu Bersatu melakukan perubahan besar sekiranya mahu terus kekal dalam PN.

“Jadi saya melihat bila Presiden Pas telah bersuara maksudnya matlamatnya mereka mahukan Bersatu itu melakukan sesuatu yang drastik bukan hanya mengubah perangai sahaja tetapi berada ataupun keluar daripada PN supaya mudah Pas membuat keputusan.

“Apabila bila orang nombor satu itu telah bersuara maksudnya dah tak ada cara lain. Sebelum ini memang banyak masalah dalam hal hubungan Pas dengan Bersatu,” katanya.

Beliau turut menjangkakan Pas akan kekal bersama PN, namun tidak menolak kemungkinan Bersatu akhirnya memilih untuk keluar daripada gabungan itu.

Related Posts

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan komitmennya untuk memperkukuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan Ampang dan Pandan. Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

AMPANG – Pandan kini menjadi ‘Parlimen angkat’ baharu kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan. Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Zafrul akan pastikan Anwar kekal PM penggal kedua

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Pandan jadi ‘Parlimen angkat’ Anwar

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Giliran penduduk FELDA Sungai Tekam Utara terima sumbangan BN Pahang

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Gelanggang futsal Jengka 24 diserah secara rasmi sempena program Hasrat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

Kampung Bantayan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam