Sumbangan Aidiladha hargai peranan pengamal media Sandakan

SANDAKAN – Peranan pengamal media yang bertugas tanpa mengira masa dalam menyampaikan laporan berita yang tepat amat dihargai.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha, pengamal media di daerah ini tidak dilupakan menerusi pemberian bakul makanan berupa sepeket beras 10 kilogram (kg).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai (Sg) Manila yang juga Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa, Sante Villiamon dalam satu majlis ringkas yang diadakan di The Agathis Residence, Taman Rimba, pada Sabtu.

Selain pengamal media, sumbangan beras berkenaan turut diagihkan kepada masyarakat dan golongan yang memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg Manila.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Persatuan Media Sandakan Sabah (Pemassa), R Fauzi Abdul Lahap yang mewakili pengerusinya, James Leong Tshun Kian.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan