Banjir kilat Batu 16: Tindakan segera dilaksana atasi aliran tersumbat

Oleh: Afif Shauqi bin Ahmad Shukri

SHAH ALAM – Kerja pembersihan dan pengorekan Sungai Sepakat di Jalan Sepakat, Kampung Melayu Batu 16 selesai dilaksanakan susulan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan itu Ahad lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer, Anfaal Saari berkata tindakan segera diambil selepas beliau turun padang meninjau keadaan penduduk terjejas pada Isnin.

Menurut beliau, kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh singkat selain kayu yang tersangkut pada titi dan culvert Sungai Sepakat sehingga menghalang aliran air.

“Walaupun air telah surut, masih terdapat rumah yang dipenuhi selut dan penduduk perlu membersihkan banyak barangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bersama Pejabat Daerah dan Tanah sedang memantau keadaan titi dan culvert di lokasi terlibat.

Dalam masa sama, Unit Cerun Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Selayang akan menjalankan pemantauan rapi terhadap kawasan cerun yang dikenal pasti berisiko.

Anfaal berkata terdapat hakisan cerun berhampiran Teratak Tok Wan dan perkara itu akan disusuli bersama agensi berkaitan bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.

“Saya akan terus membuat susulan dengan semua agensi terlibat dan memastikan setiap kerja yang dipersetujui disiapkan sepenuhnya,” katanya.

Sumber: Media Selangor

Related Posts

Warna-warni pra Gawai, Hari Guru SMK Three Rivers bukti keharmonian Mukah

MUKAH – Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers bertukar ceria dan penuh warna-warni apabila warga sekolah, ibu bapa serta komuniti setempat berhimpun bagi menjayakan sambutan ‘tiga dalam satu’…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majlis Tilawah al-Quran Betong perkasa syiar Islam, Saratok rangkul dua anugerah baharu

DEBAK – Penganjuran Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Peringkat Bahagian Betong terus menjadi medan penting dalam memperkasa syiar Islam, selain menyemai kecintaan masyarakat terhadap kalam suci Allah. Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warna-warni pra Gawai, Hari Guru SMK Three Rivers bukti keharmonian Mukah

Warna-warni pra Gawai, Hari Guru SMK Three Rivers bukti keharmonian Mukah

Perpecahan dalam PN bukti politik ekstrem dan sentimen tidak jamin kestabilan negara

Perpecahan dalam PN bukti politik ekstrem dan sentimen tidak jamin kestabilan negara

29 rakyat Malaysia peserta GSF 2.0 selamat di Istanbul, pulang Ahad

29 rakyat Malaysia peserta GSF 2.0 selamat di Istanbul, pulang Ahad

Majlis Tilawah al-Quran Betong perkasa syiar Islam, Saratok rangkul dua anugerah baharu

Majlis Tilawah al-Quran Betong perkasa syiar Islam, Saratok rangkul dua anugerah baharu

Tubuh parti baharu alih tumpuan isu utama rakyat, gugat kestabilan

Tubuh parti baharu alih tumpuan isu utama rakyat, gugat kestabilan

Jualan Rahmah MADANI Hospital Miri dapat sambutan menggalakkan

Jualan Rahmah MADANI Hospital Miri dapat sambutan menggalakkan