Empat warga China miliki ‘master key’ dipenjara dua minggu

KANGAR – Empat lelaki warga China dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM250 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah awal bulan ini.

Tertuduh, Chen Yufeng, 52, Peng Yongjian, 46, Liu Huazai, 51, dan Wang Jianghua, 45, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Natasha Rizal.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala kesemua tertuduh yang berasal dari wilayah Jiangxi, China tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki beberapa peralatan pecah rumah tanpa alasan yang sah di sebuah rumah di Taman Bukit Kaya Indah di sini antara pukul 7.30 petang pada 7 Mei lalu hingga 7.30 pagi keesokan harinya.

Antara barangan dirampas ialah empat batang besi berwarna hitam, satu sepana boleh laras, satu cutter merah jenama Vaster, satu pelayar warna hitam dan kelabu serta satu pemutar skru jenama Toptul.

Turut ditemukan satu alat berbentuk T berwarna hitam dan kuning dengan hujung besinya telah dicanai yang disyaki digunakan sebagai ‘master key’.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 28(1)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Tengku Ruqayyah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan kegiatan pecah rumah dan ancaman terhadap keselamatan awam.

“Pemilikan barang pecah rumah ini menunjukkan persediaan melakukan jenayah dan memberi ancaman serius kepada keselamatan awam selain kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi keseluruhan,” katanya.

Mahkamah kemudian memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara selama dua minggu bermula dari tarikh tangkapan selain dikenakan denda RM250 setiap seorang atau tambahan penjara dua bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan empat lelaki warga China dipercayai anggota sindiket pecah rumah diberkas polis di Kampung Wai, Kuala Perlis selepas cuba merempuh sekatan jalan raya dan melarikan diri sebelum berjaya ditahan polis.

Related Posts

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SHAH ALAM – Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berjaya memperoleh tajaan berjumlah RM8 juta setakat ini menerusi sumbangan daripada 17 syarikat swasta dan anak syarikat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

KOTA KINABALU – Politik berasaskan perpaduan dan kebajikan rakyat dilihat sebagai pilihan terbaik dalam memastikan kestabilan negara, berbanding pendekatan yang membangkitkan sentimen perkauman. Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Zon Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

‘Politik perpaduan’ jadi pilihan, rakyat tolak sentimen perkauman

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

MediAsas: Reformasi pembiayaan kesihatan kurangkan beban rakyat

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang