Suspek bunuh, campak mayat ke laut di Pulau Gaya didakwa

KOTA KINABALU – Misteri penemuan mayat seorang lelaki yang diikat sebelum dicampakkan ke laut berhampiran Pulau Gaya awal bulan ini akhirnya terungkai selepas polis menahan suspek utama di Lahad Datu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, suspek, lelaki tempatan berusia 48 tahun telah dituduh di mahkamah hari ini, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian mangsa.

“Kejayaan menyelesaikan kes itu hasil operasi bersepadu Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bersama IPD Lahad Datu menerusi Op Kejam dan Op Kesan.

“Suspek utama berjaya ditahan pada 7 Mei lalu ketika menaiki sebuah bas di Terminal Bas Reno Fajar, Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menikam mangsa beberapa kali menggunakan sebilah pisau sebelum mengikat kaki mangsa dan membuangnya ke laut berhampiran rumah suspek,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Menurut Syed Lot, motif kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan berkaitan kehilangan barang milik keluarga suspek.

“Polis turut merampas sebilah pisau yang ditemukan di dasar laut berhampiran lokasi kejadian dan dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes.

“PDRM merakamkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam operasi berkenaan selain orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga kes berjaya diselesaikan dan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu pada 5 Mei lalu, mayat seorang lelaki ditemukan terapung di perairan Kampung Lobong, Pulau Gaya sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Anwar bukan mahu raih politik, rakyat perlu tahu ‘pucuk pangkal’ isu Rohingya

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Pengguna tidak lagi gunakan BNPL membeli barangan bernilai tinggi

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

Tahanan rumah Najib: ‘Saya tidak pernah tandatangani’ – Hannah Yeoh

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

UMNO mahu berlagak jadi ‘abang long’, Pas berdepan tekanan perebutan kerusi

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April

Kerajaan Negeri Sembilan tidak laksana proklamasi 19 April