Sapok Biki kini pakai pangkat Leftenan Kolonel

LEGENDA tinju negara, Sapok Biki menerima kenaikan pangkat daripada Mejar kepada Leftenan Kolonel dalam Tentera Darat Malaysia (TDM).

Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Pisau Tempur Pegawai Kanan TDM itu berlangsung di Wisma Perwira TD, Sungai Besi, Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, Sapok antara 24 pegawai dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel dalam latihan kenaikan pangkat membabitkan 33 pegawai kanan tentera.

Majlis itu disempurnakan Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan Md Othman dengan dibantu Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.

Kejayaan itu menjadi bukti perjalanan panjang Sapok dalam pasukan beruniform selepas memulakan karier ketenteraan ketika masih aktif sebagai atlet negara.

Ketika menghadiahkan pingat emas acara light flyweight buat Malaysia pada Sukan Komanwel 1998, Sapok dilaporkan memegang pangkat Lans Koperal dalam Rejimen Artileri Diraja sebelum dinaikkan ke pangkat sarjan.

Perjalanan kariernya tidak terhenti di situ apabila beliau ditauliahkan pegawai tentera, sekali gus membuktikan kecemerlangan seorang atlet boleh diterjemahkan kepada kepimpinan dalam kerjaya pasukan keselamatan negara.

Sapok mula mencipta nama di pentas antarabangsa selepas memenangi emas pada Sukan Komanwel 1998 serta pernah mewakili negara ke temasya Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sukan Sea Chiang Mai 1995, sebelum bersara dari arena sukan kompetitif dan meneruskan kerjaya sebagai jurulatih.

Related Posts

Leeds belasah Newcastle 4-1

LEEDS United membelasah Newcastle United 4-1 di Elland Road awal pagi tadi untuk melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama kepada pengurus baharu The Magpies,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan