Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis menahan seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun selepas dipercayai menjalankan urus niaga barang kawalan iaitu tepung gandum tanpa lesen sah di Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, semalam.

Pengarah KPDN Perlis, Rohaida Hassan berkata, serbuan menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu dijalankan kira-kira pukul 3 petang hasil risikan selama dua minggu oleh anggota penguat kuasa KPDN Negeri Perlis.

Katanya, operasi tersebut turut disertai empat pegawai penguat kuasa KPDN bersama tiga pegawai Pasukan Polis Marin Wilayah Utara.

“Hasil pemeriksaan di premis terbabit menemukan sebanyak 129 kotak tepung gandum Cap Bunga Chempaka dianggarkan seberat 1,290 kilogram.

“Kesemua barang kawalan itu disita dengan nilai rampasan dianggarkan RM2,902.50,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan kes diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjalankan urus niaga barang kawalan tanpa lesen atau surat kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

Katanya, individu yang disabitkan kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“KPDN Negeri Perlis ingin memberi amaran keras dan menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam sindiket dan aktiviti penyelewengan barang kawalan ini.

“Tindakan tegas akan diambil termasuk mendakwa mereka di mahkamah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik