SPR daftar lebih 39,000 pengundi baharu pada April

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan seramai 39,111 rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu sepanjang April lalu.

Pada tempoh sama, seramai 15,880 pemilih berdaftar menukar bahagian pilihan raya, manakala 1,369 lagi menukar kategori pengundi atau status.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, daftar pemilih tambahan (DPT) bagi April 2026 sudah diperaku semalam sebelum diwartakan hari ini.

“SPR ingin memaklumkan bahawa daftar pemilih tambahan (DPT) April 2026 sudah diperaku pada 20 Mei (semalam) dan diwartakan hari ini.

“DPT dibuka untuk semakan selama 30 hari mulai 21 Mei hingga 19 Jun ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, orang ramai boleh membuat semakan DPT menerusi lima kaedah yang disediakan SPR, termasuk melalui portal rasmi agensi itu di https://www.spr.gov.my⁠ dan https://mysprsemak.spr.gov.my⁠.

Katanya, semakan turut boleh dilakukan melalui portal rasmi Pejabat Pilihan Raya Negeri di http://ppn.spr.gov.my⁠.

“Tiga kaedah lain ialah aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my⁠ aplikasi mudah alih MySPR Semak atau Hotline Semakan Pendaftaran Pemilih di talian 03-8892 7218,” katanya.

Khairul Shahril berkata, semakan disarankan kepada semua warganegara yang mencapai usia 18 tahun dalam tempoh 1 April hingga 30 April lalu, selain pemilih berdaftar yang sudah memohon pertukaran bahagian pilihan raya, kategori pengundi atau status.

“Sekiranya mereka mendapati namanya tidak disenaraikan dalam DPT, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my⁠ atau hadir ke Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan,” katanya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi