PRK Pandan, Setiawangsa tidak akan dilaksana – SPR

PUTRAJAYA – Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas kedua-duanya diisytiharkan kosong.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya sudah menerima pemakluman daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul, melalui surat bertarikh, pada Rabu berhubung status kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi berkenaan.

“Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, ang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut.

“Selaras dengan itu, Tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa akan dijalankan,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sebelum ini,  Johari memaklumkan berlaku kekosongan luar jangka bagi kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa susulan peletakan jawatan Ahli Parlimennya berkuat kuasa 18 Mei lalu.

Beliau berkata, pihaknya sudah menerima notis daripada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung peletakan jawatan mereka sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Justeru, beliau menjelaskan, perkara tersebut sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada SPR selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR dan Nik Nazmi (bekas Naib Presiden PKR) pada 17 Mei lalu mengumumkan keluar parti serta mengambil alih Bersama yang ditubuhkan pada 2016, seterusnya akan mengosongkan kerusi yang disandang masing-masing.

Pengumuman itu dibuat oleh kedua-dua bekas menteri berkenaan ketika majlis pengumuman hala tuju politik yang berlangsung di Petaling Jaya.

Related Posts

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-149 hari ini menumpukan perbincangan terhadap pelbagai strategi bagi menangani ketidaktentuan global yang semakin mencabar susulan konflik yang berlarutan di Asia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

KENYATAAN Presiden Pas dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘Pas tidak pisahkan politik daripada Islam (Al-Din)’ yang menjelaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu atas alasan pelanggaran prinsip syariah, kemungkaran politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat