Pesta Kanowit 2024 angkat martabat budaya tempatan

Oleh: Stanley Jabu & Beatriscia Ringkai

KANOWIT – Majlis Miring Nasih Ai diadakan di Waterfront Kanowit bersempena dengan Pesta Kanowit 2024 bermula dari 20 September hingga 22 September.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Setiausaha Politik Menteri Perpaduan Negara Dr. Stephen Anak William yang membabitkan upacara tradisional bagi memohon kelancaran dan keselamatan peserta terutama acara perlumbaan bot laju yang menjadi tumpuan utama pesta tersebut.

Pesta kali ini akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti Kanowit RC Boat Challenge, Fun Fair and Trade Fair, Kanowit Power Boat Race, jualan Rahmah, pameran jabatan dan agensi kerajaan, Majlis Tradisi (Adat Miring) dan Ratu Pesta Kanowit.

Dengan pelbagai acara yang disediakan, Pesta Kanowit 2024 dijangka menarik ribuan pengunjung dari daerah lain.

“Saya ingin mengajak semua pihak untuk bersama-sama menjayakan pesta ini demi memperkukuh perpaduan dan mempamerkan kekayaan budaya masyarakat Kanowit,” ujar beliau dalam majlis pada Jumaat.

Kehadiran ramai pengunjung dan penglibatan aktif masyarakat menunjukkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam menjayakan Pesta Kanowit, menjadikan pesta ini satu acara yang dinantikan setiap tahun.

Pengunjung dijemput untuk menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan dan merasai keunikan budaya serta tradisi masyarakat Kanowit.

Turut hadir Setiausaha Majlis Daerah Kanowit Bilong Anak Engkas, Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Dennis Bunyam, serta ketua masyarakat daerah Kanowit.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak