Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

PUTRAJAYA – Cadangan penggunaan MyKad bagi tujuan pengesahan identiti pengguna media sosial disifatkan selari dengan dasar sedia ada yang sudah digunakan dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan dan sektor perkhidmatan lain.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, penggunaan dokumen rasmi kerajaan sebagai kaedah pengesahan identiti bukan perkara baharu kerana ia turut dilaksanakan dalam sistem e-dompet serta beberapa urusan rasmi lain.

“Justeru, dari segi dasarnya, kita lihat tidak ada percanggahan antara dasar untuk pelaksanaan pengesahan umum menggunakan dokumen rasmi kerajaan bila ada sektor lain dalam negara kita yang sudah mengguna pakai dasar yang sama.

“Berkaitan keselamatan data peribadi, sudah pasti Akta Perlindungan Data Peribadi terpakai untuk tujuan mengendalikan data peribadi,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan mengulas kebimbangan yang dibangkitkan masyarakat serta bantahan beberapa platform teknologi mengenai penggunaan MyKad untuk pengesahan identiti pengguna media sosial yang dikhuatiri boleh mengundang risiko terhadap keselamatan data peribadi.

Perkara itu susulan pelaksanaan syarat umur minimum 16 tahun bagi penggunaan media sosial yang dijadual berkuat kuasa bulan depan.Langkah berkenaan diperkenalkan kerajaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kanak-kanak daripada ancaman pemangsa siber yang semakin meningkat di negara ini.

Bagi memastikan hanya pengguna yang memenuhi syarat umur dibenarkan membuka akaun media sosial, kerajaan mewajibkan pelaksanaan sistem Kenali Pelanggan Anda Secara Elektronik (e-KYC) menggunakan dokumen rasmi seperti MyKad dan pasport untuk tujuan pengesahan identiti.

Melalui mekanisme itu, hanya individu berusia 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar akaun media sosial secara sah.

Related Posts

Mekanisme ASEAN perlu ditambah baik tangani jerebu rentas sempadan – Anwar

PUTRAJAYA– Mekanisme ASEAN dalam menangani pencemaran jerebu rentas sempadan perlu diperkasa secara holisik bagi memastikan isu pembakaran hutan dan aktiviti perladangan yang memberi kesan kepada negara jiran tidak terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: RM280.03 juta dicadang untuk tanam semula sawit – Anwar

PUTRAJAYA –  Peruntukan sebanyak RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 antara cadangan utama yang sedang diteliti kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 bagi memperkukuh sektor agrikomoditi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16