Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

PUTRAJAYA – Usaha kerajaan menyusun semula perbelanjaan mengurus mengikut keutamaan di setiap kementerian menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila hampir 50 peratus sasaran ditetapkan berjaya dicapai setakat ini.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pencapaian itu direkodkan tanpa menjejaskan mutu penyampaian perkhidmatan awam serta pelaksanaan program kementerian.

“Keutamaan terus diberi kepada pengukuhan perkhidmatan barisan hadapan, terutama dalam sektor kesihatan, keselamatan dan pendidikan demi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MoF) mengarahkan semua kementerian dan agensi kerajaan menyemak semula keutamaan perbelanjaan mengurus susulan cabaran ekonomi global, termasuk isu gangguan bekalan dan peningkatan komitmen subsidi negara.

Langkah itu dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pendekatan fiskal berhemat kerajaan bagi memastikan sumber kewangan negara digunakan secara optimum tanpa menjejaskan bantuan serta sokongan kepada rakyat.

Walaupun penyelarasan dilakukan, kerajaan memberi jaminan bahawa perkhidmatan penting melibatkan kepentingan rakyat serta kestabilan ekonomi negara akan terus dipelihara.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut merakamkan penghargaan terhadap pelaksanaan sambutan Hari Belia dan Hari Guru serta beberapa program rasmi kerajaan yang dianjurkan secara sederhana tetapi tetap mencapai matlamat ditetapkan.

Menurut beliau, pendekatan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan lebih berhemat selaras dengan keadaan semasa negara.

“Pendekatan kesederhanaan ini penting dalam memastikan perbelanjaan kerajaan lebih berhemah dan berfokus selaras dengan usaha mengutamakan kebajikan rakyat serta keperluan semasa negara,” katanya.

Selain itu, beliau berkata Jemaah Menteri turut menghargai usaha Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) melaksanakan kaji selidik bagi mengenal pasti cabaran yang dihadapi sektor perindustrian dan perniagaan.

Katanya, hasil kaji selidik berkenaan akan membantu kerajaan menggubal langkah intervensi yang lebih tersusun dan berkesan bagi menangani isu dihadapi pemain industri secara menyeluruh.

Related Posts

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PORT DICKSON – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) terus memperhebat usaha meningkatkan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi bencana menerusi pelbagai pengetahuan latihan kepada penduduk yang berisiko menghadapi bencana dan terdedah kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) yakin tindakan beberapa bekas ahli PKR bertanding atas tiket Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan menjejaskan sokongan pengundi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

England juara kumpulan L, atasi Panama 2-0

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat