Himpunan aman bantah UEC ke IPTA akan dilaksana dalam tempoh terdekat

KUALA LUMPUR – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan mengadakan satu himpunan aman berskala besar dalam masa terdekat sebagai tanda bantahan terhadap keputusan eputusan kerajaan membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Jurucakapnya, Mohd Zai Mustafa berkata, sebanyak 23 gabungan NGO mewakili lebih 1,000 pertubuhan membantah keras keputusan tersebut yang menyifatkan sebagai bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Menurut beliau, tarikh dan lokasi himpunan itu akan diumumkan kemudian selepas proses penyelarasan selesai dilakukan bersama pertubuhan yang terlibat

“Keputusan itu didakwa mampu menjejaskan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Ia merupakan satu pengkhianatan besar kepada dasar pendidikan kebangsaan yang akhirnya boleh menggagalkan agenda perpaduan nasional dan kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang media bantahan UEC ke IPTA, pada Rabu.

Terdahulu, Mohd Zai selaku Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH) mempengerusikan mesyuarat mengenai keputusan kerajaan berkenaan UEC bersama 23 NGO Melayu Islam.

Antaranya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Borhan Ahmad Zakaria dan Presiden Muslimin Malaysia (Isma), Suhaib Ar Rumy Selamat.

Hadir sama, aktivis dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee; aktivis Melayu, Syed Hassan Syed Ali; aktivis masyarakat, Chandrasegaran Subramaniam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis); Mohammad Azamuddin Sahar.

Dalam pada itu, Mohd Zai berkata, gabungan NGO itu turut menyeru parti-parti politik Melayu supaya menyatakan pendirian tegas berhubung isu berkenaan serta bersama-sama menyertai himpunan aman yang bakal diadakan.

Beliau menegaskan, pihaknya turut menggesa ahli akademik, pakar pendidikan, NGO bahasa dan pertubuhan masyarakat sivil tampil menyuarakan pandangan serta membantah langkah pengiktirafan UEC ke IPTA.

“Pendirian parti politik dalam isu UEC akan menjadi antara faktor penting yang dinilai oleh masyarakat Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya.

“Isu pengiktirafan UEC sebelum ini sering menjadi perdebatan pelbagai pihak kerana melibatkan dasar pendidikan negara, identiti nasional serta kedudukan sistem pendidikan vernakular di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut membantah sebarang usaha menyamakan sekolah persendirian Cina yang menggunakan sistem UEC dengan institusi tahfiz di negara ini.

“Sekolah tahfiz di Malaysia kebanyakannya menggunakan kurikulum kebangsaan dan para pelajarnya turut menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Menyamakan UEC dengan sekolah tahfiz adalah satu kejahilan dalam sistem pendidikan negara kerana kedua-duanya mempunyai asas dan pendekatan pendidikan yang berbeza,” katanya.

  • Related Posts

    Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya mulai Jumaat

    KUALA LUMPUR – Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka menggunakan rangkaian lebuh raya setiap hari, bersempena musim cuti berganda bermula Jumaat ini. Bagi Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), aliran trafik pula…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Tentera Darat tambah baik syarat pengambilan perajurit

    PUTRAJAYA – Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan penambahbaikan syarat pengambilan perajurit muda bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat negara ini menyertai perkhidmatan ketenteraan. Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

    Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

    Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

    Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

    Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

    Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

    Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

    Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

    PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

    PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

    Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

    Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim