PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

KUALA TERENGGANU – Kemunculan parti baharu yang diasaskan Datuk Seri Rafizi Ramli disifatkan tidak memberi impak besar terhadap kekuatan PKR di negeri Terengganu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Terengganu, Zainuddin Awang @ Omar berkata, struktur dan gerak kerja parti di peringkat negeri kekal stabil serta terus mendapat sokongan daripada pimpinan dan akar umbi.

Menurut beliau, majoriti pimpinan cabang dan anggota parti di Terengganu masih teguh bersama kepimpinan Presiden PKR yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PKR Terengganu kekal utuh dan terus berdiri teguh bersama kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden parti. Fokus utama kami ketika ini ialah memperkukuh organisasi dan memperkemaskan gerak kerja parti di semua peringkat,” katanya kepada The Malaysia Press.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman penubuhan parti baharu oleh Rafizi yang kebelakangan ini menjadi perhatian landskap politik nasional.

Mengulas lanjut, Zainuddin menegaskan bahawa PKR Terengganu tidak mahu terheret dengan polemik politik yang boleh mengganggu usaha memperkasakan parti serta mendekati rakyat.

Sebaliknya, katanya, kepimpinan negeri memilih untuk memberi tumpuan kepada agenda memperkukuh akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Kita sedang mempergiat gerak kerja di peringkat cabang dan ranting termasuk memperluas program bersama rakyat, memperkemas jentera serta memperkukuh kesatuan dalam parti.

“Keutamaan kita ialah memastikan PKR terus relevan dan diyakini rakyat khususnya di Terengganu menjelang PRU16,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru seluruh anggota parti agar terus mengekalkan semangat kebersamaan dan memberi tumpuan kepada agenda membela rakyat serta memperjuangkan kestabilan politik negara.

Katanya, kestabilan parti dan kerajaan hari ini penting bagi memastikan pelbagai agenda pembangunan serta pemulihan ekonomi dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat.

Related Posts

Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

PUTRAJAYA – Cadangan penggunaan MyKad bagi tujuan pengesahan identiti pengguna media sosial disifatkan selari dengan dasar sedia ada yang sudah digunakan dalam pelbagai urusan rasmi kerajaan dan sektor perkhidmatan lain.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

PUTRAJAYA – Usaha kerajaan menyusun semula perbelanjaan mengurus mengikut keutamaan di setiap kementerian menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila hampir 50 peratus sasaran ditetapkan berjaya dicapai setakat ini. Jurucakap Kerajaan, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim