Johor kini barometer politik negara, PKR negeri sedia hadapi segala kemungkinan PRN

TEBRAU – Johor kini semakin dilihat sebagai barometer politik negara apabila negeri itu terus menjadi tumpuan pelbagai parti politik yang mahu mengukur kekuatan serta sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Naib Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, Johor mempunyai kedudukan istimewa dalam landskap politik negara kerana rakyatnya dilihat lebih progresif serta mempunyai semangat Bangsa Johor yang kuat, sekali gus menjadikan negeri itu sebagai penanda aras kepada perkembangan politik nasional.

Menurut beliau, spekulasi mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan pada bila-bila masa turut menambah perhatian banyak pihak terhadap negeri itu, termasuk parti-parti politik yang mula menyusun strategi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, budaya politik di Johor yang matang dan dinamik menjadikan negeri itu sentiasa menjadi medan penting dalam menentukan hala tuju politik negara.

“Johor ini istimewa, rakyatnya ada semangat Bangsa Johor dan lebih progresif. Sebab itu ramai parti politik mahu bertanding di sini. Pilihan raya pula adalah asas kepada parti politik. Kalau tubuh parti tetapi tidak mahu bertanding, lebih baik jadi NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hasrat bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dikatakan mahu membawa parti baharu, parti Bersama, untuk bertanding termasuk di Johor menentang parti-parti utama pada pilihan raya akan datang.

Dalam masa sama, Jimmy yang juga Ahli Parlimen Tebrau menjelaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik antara parti akan diputuskan di peringkat pusat, namun PKR dan Pakatan Harapan (PH) Johor kekal bersiap siaga menghadapi sebarang senario politik.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pertandingan sesama parti yang berada dalam gabungan kerajaan boleh memberi kesan terhadap hubungan di peringkat Persekutuan, khususnya dari sudut kepercayaan dan persepsi politik.

“Suka atau tidak, kalau di negeri kita berlawan tetapi di Persekutuan masih bekerjasama dalam kerajaan, ia boleh menggugat elemen kepercayaan. Bayangkan dalam Kabinet, semalam kita berlawan, hari ini duduk semeja berbincang. Sudah tentu akan timbul pelbagai persepsi,” katanya.

Mengulas cadangan supaya PRN diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU), Jimmy berpandangan langkah itu boleh membantu kerajaan menjimatkan kos serta mengurangkan keletihan politik rakyat yang terpaksa berdepan pilihan raya berulang dalam tempoh singkat.

Menurutnya, kos penganjuran PRN Johor pada 2022 yang mencecah hampir RM150 juta dijangka boleh meningkat sehingga RM200 juta jika pilihan raya diadakan secara berasingan, selain memberi kesan terhadap produktiviti serta keyakinan pelabur.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan PKR Johor telah mula menggerakkan jentera parti di kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai persiapan awal bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan menjelang PRN.

Alif Aziz

Negara Kita Tanggungjawab Kita!

Related Posts

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

KUANTAN – Semua ahli politik wajar menggunakan pendekatan lebih cermat dan berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, terutamanya membabitkan isu sensitif. Ini termasuklah kenyataan terbuka yang menyentuh institusi Raja-Raja Melayu. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

KUCHING – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi Parlimen dan keluar daripada PKR disifatkan sebagai satu perkembangan yang sudah dijangka. Ahli Dewan Negara, Senator…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

Pengesahan identiti guna MyKad selari dasar kerajaan – Fahmi

Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

Kerajaan capai separuh sasaran penyelarasan perbelanjaan setakat ini – Fahmi

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

Tanggungjawab pemimpin jaga tutur kata, elak cetus kontroversi

Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

Rafizi dan Nik Nazmi keluar PKR sudah dijangka, langkah rugikan pengundi

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

PKR Terengganu kukuh bersama Anwar, parti Rafizi tidak beri impak besar

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim

Iklan, promosi 99 Speedmart dikawal pihak sokong UEC, dakwa Nadzim