Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

SARATOK – Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menaik taraf rumah pengebumian di kawasan perkuburan Cina Jalan Feeder di sini dijangka memberi keselesaan lebih baik kepada komuniti setempat apabila siap sepenuhnya kelak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, keadaan rumah pengebumian yang ketika ini uzur dan rosak akan dibaik pulih serta dinaik taraf menerusi pelaksanaan projek berkenaan.

Menurutnya, usaha itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan awam termasuk fasiliti komuniti terus berada pada tahap yang baik, selesa dan selamat digunakan.

“Sebaik siap nanti, ia akan memberikan kemudahan yang lebih baik kepada masyarakat setempat khususnya komuniti yang menggunakan fasiliti berkenaan,” katanya.

Sesi serah tapak projek itu disempurnakan oleh Setiausaha Kehormat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad kepada kontraktor yang dipilih menerusi proses cabutan undi.

Majlis Daerah Saratok bertindak sebagai agensi pelaksana projek tersebut yang dijangka dimulakan dalam masa terdekat.

Pemilihan kontraktor dibuat menerusi proses cabutan undi yang dikendalikan oleh Pejabat Residen Bahagian Betong bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan secara telus dan teratur.

Sementara itu, Pemanca Lim Guan Ann merakamkan penghargaan kepada Pusat Khidmat ADUN Kalaka atas keprihatinan dalam memenuhi keperluan komuniti Cina di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, projek naik taraf itu amat diperlukan kerana dapat memberikan kemudahan yang lebih baik serta meningkatkan keselesaan di kawasan tanah perkuburan Cina Jalan Feeder.

Katanya, usaha berkenaan turut membuktikan kerjasama erat antara kerajaan dan masyarakat dalam memastikan kebajikan komuniti pelbagai kaum terus diberi perhatian.

Related Posts

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

MIRI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri menahan sebuah kapal tunda bersama dua tongkang selepas dipercayai gagal mematuhi peraturan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis maut dipercayai terjatuh dari sebuah apartmen di Vista Alam, Seksyen 14 di sini, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

Naik taraf rumah pengebumian Cina Jalan Feeder tingkat kemudahan komuniti

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

PKR Sarawak sifatkan tindakan Rafizi kosongkan kerusi Pandan khianati mandat rakyat

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Kapal tunda, dua tongkang ditahan langgar Ordinan Perkapalan Saudagar

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

Pegawai kanan Jabatan Siasatan Jenayah Selangor maut terjatuh dari apartmen

AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

AI MyMahir gilap kemahiran digital, belia Sekijang disaran rebut peluang

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari

Perak tarik pelaburan hijau China, pacu gelombang baharu ekonomi lestari