Lebih 100 kes curi kabel direkod, Selangor perhebat tindakan pencegahan

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengakui kegiatan vandalisme dan kecurian kabel telekomunikasi masih menjadi ancaman serius terhadap infrastruktur digital negeri walaupun jumlah kes menunjukkan penurunan pada suku pertama tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penurunan itu hasil langkah pengukuhan yang dilaksanakan syarikat telekomunikasi bagi memperkukuh struktur infrastruktur digital.

“Namun bagi suku pertama tahun ini, kita dapat melihat laporan semakin berkurangan disebabkan beberapa langkah yang dibuat pihak telco,” katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Vandalisme Infrastruktur Telekomunikasi Peringkat Negeri Selangor 2026 di Kelab Shah Alam pada Selasa.

Beliau memaklumkan lebih 100 insiden kecurian kabel masih direkodkan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Sementara itu, Penasihat Kanan Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zurkarnain Mohd Yasin berkata Selangor merekodkan 1,836 kes vandalisme telekomunikasi pada 2024 dan 1,273 kes pada 2025 melibatkan kawasan seperti Rawang, Gombak dan Bangi.

Sumber: Media Selangor

Related Posts

Parti baharu Rafizi dilihat berisiko ulangi kegagalan lama — Ahmad Nazri

KEMAMAN— Penubuhan parti baharu yang dikaitkan dengan bekas Timbalan Presiden Rafizi Ramli dilihat tidak menawarkan penyelesaian baharu kepada landskap politik negara, sebaliknya berpotensi mengulangi pola lama yang pernah mencetuskan ketidakstabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRU16 mungkin diadakan lebih awal, rakyat diseru tolak politik toksik

KUCHING – Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dijangka mungkin diadakan lebih awal berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak susulan ketidaktentuan dan pergolakan landskap politik yang melanda negara ketika ini. Sehubungan itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parti baharu Rafizi dilihat berisiko ulangi kegagalan lama — Ahmad Nazri

Parti baharu Rafizi dilihat berisiko ulangi kegagalan lama — Ahmad Nazri

PRU16 mungkin diadakan lebih awal, rakyat diseru tolak politik toksik

PRU16 mungkin diadakan lebih awal,  rakyat diseru tolak politik toksik

Polis tahan lelaki disyaki edar syabu dalam Op Tapis

Polis tahan lelaki disyaki edar syabu dalam Op Tapis

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

SPR tingkat kesiapsiagaan hadapi kemungkinan pilihan raya dalam masa terdekat

GSF sahkan semua kapal bantuan Gaza dirampas tentera rejim Zionis

  • By Siti
  • May 20, 2026