Program Santuni Komuniti medium perkukuh kebersamaan, 200 bakul makanan diagihkan,

BUKIT PERMAI – Keprihatinan terhadap nasib masyrakat luar bandar terus menjadi agenda utama kerajaan apabila Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching turun padang menyantuni warga Kampung Felda Bukit Permai menerusi Program Santuni Komuniti yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan harmoni.

Program berkenaan menyaksikan sebanyak 200 bakul makanan hasil kerjasama dengan Shopeee Malaysia diserahkan kepada penduduk yang memerlukan sebagai usaha membantu meringankan beban kos sara hidup masyarakat setempat.

Menurut beliau, program tersebut bukan sekadar menyampaikan bantuan, malah menjadi medium mengukuhkan hubungan antara komuniti, kerajaan serta sektor swasta demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Pelaksanaan Program Kampung Angkat yang kini memasuki tahun kedua turut memperlihatkan impak positif terhadap pembangunan komuniti di kawasan Felda berkenaan apabila pelbagai inisiatif berjaya dilaksanakan secara berperingkat.

Melihat senyuman warga Kg Felda Bukit Permai menyuntik semagat untuk terus berkhidmat. Hubungan erat antara komuniti dan pihak swasta yang dibina melalui program ini membuktikan bahawa kerjasama strategik mampu membawa manfaat besar kepada rakyat: kata Teo Nie Ching.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan tambahan sebanyak RM6,750 bagi pembelian kerusi dan meja untuk kegunaan dewan komuniti di kampung tersebut.

Peruntukan terbaharu itu melengkapkan keseluruhan usaha pembangunan bernilai RM127,250 yang telah disalurkan sejak tahun 2022 bagi meningkatkan kemudahan dan keselesaan penduduk setempat.

Beliau berkata, kemudahan komuniti yang lebih baik penting dalam memastikan aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan dengan lebih selesa serta mengeratkan hubungan sesama penduduk.

Teo turut merakamkan penghargaan kepada Shopee Malaysia atas komitmen dan keprihatinan sosial syarikat itu dalam menjayakan program kebajikan bersama masyarakat luar bandar.

“Sama-sama kita bina komuniti yang lebih kuat dan sejahtera. Keprihatinan seperti ini perlu diteruskan agar tiada golongan yang tercicir daripada arus pembangunan,” katanya lagi.

Related Posts

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

MIRI – Tindakan berani dua lelaki menyamun dan melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki dua beranak di kawasan Bulatan Time Square, Jalan Cina mengundang padah apabila salah seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Team Task Force Balai Polis Siguntur berjaya menumpaskan kegiatan pemindahan minyak diesel bersubsidi dalam satu operasi di kawasan Jalan Weng…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah